Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin

Program Jalinan Ekspedisi Ledang '09

Satu program jalinan ekspedisi Ledang '09 akan diadakan pada 25-27 Disember 2009 bertempat di Gunung Ledang, Johor. Yuran penyertaan adalah RM 80. Maka dengan itu penyertaan program ini dibuka kepada semua warga UKM dan orang luar. Program ini bertujuan untuk mendedahkan lagi aktiviti luar kepada ahli kelab dan juga orang perseorangan yang berminat untuk mengikuti bersama. Aktara aktiviti yang akan dibuat diantaranya abseiling, trekking, rock climbing dan sebagainya.





Sedikit Info tentang Gunung Ledang:

G.jpg picture by maliki7776

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia.
Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.
gunungledang.jpg gunung ledang picture by maliki7776

Untuk segala pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Syahid (013-6513514)

"Esprit De Corps"
  Program Jalinan Ekspedisi Ledang '09

Majlis Pelancaran Logo ASPIRASI UKM

Bagi memeriahkan kempen pilihanraya kampus yang akan bermula pada Januari 2010, satu Majlis Pelancaran Logo Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia akan diadakan. Ketetapan majlis adalah seperti berikut :
Tarikh : 18 October 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Panggung Seni, UKM

Oleh itu, semua ahli Kelab Xtreme WAJIB hadirkan diri untuk ke majlis ini. Kepada Penghuni Kolej Ungku Omar dijemput juga untuk memeriahkan lg majlis. Jamuan ringan disediakan selepas selesai sahaja majlis.

Oleh demikian, anda semua diminta untuk berkumpul di gelanggang bola keranjang pada jam 7.45 malam ini.

Kerjasama anda amatlah dihargai..
Sekian, terima kasih


"Esprit De Corps"
  Majlis Pelancaran Logo ASPIRASI UKM

Meeting Seterusnya (15/10/2009)

Tarikh : 15 Oktober 2009
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 10.00 p.m



p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  Meeting Seterusnya (15/10/2009)

Jamuan Raya Xtreme-C 2009



Pada 8/10/2009 Kelab Xtreme-C telah menganjurkan Jamuan Raya Xtreme-C di Bilik Bankuasi pada jam 10.00 malam. Jamuan ini merupakan acara yang julung-julung kali diadakan & diadakan khas untuk semua ahli keluarga Xtreme-C. Sambutan pada malam itu amat mengalakkan dengan hampir semua hadirin yang datang memakai baju raya sempena bulan syawal yang masih ada ini.

Juadah utama pada malam itu ialah Nasi Lemak dan ditambah dengan pelbagai kuih raya & kerepek2 yang dibawa oleh ahli-ahli Xtreme (Sampai tak terabis makan~). Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh MC kita iaitu abang Maliki. Seterusnya majlis telah menjemput YDP kita untuk menyampaikan amanat dan ucapan hari rayanya kepada semua warga kelab. Then sampailah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masa untuk menjamu selera, tapi sebelum itu bacaan doa telah dipimpin oleh Syahid.

Majlis juga diserikan dengan alunan lagu raya, walaupun dah 3 minggu raya namun kehangatan sambutan syawal itu masih terus terasa. Sambil2 makan kamera Mr.X meliar2 merakam pelbagai aksi ahli kelab yang tampak gembira dengan majlis malam itu. Secara keseruluhannya majlis berjalan dengan lancar dan berjaya. Semoga di hari raya akan datang majlis seperti ini akan dijalankan dengan lebih besar-besaran lagi. Sekian terima kasih.

"Esprit De Corps"
  Jamuan Raya Xtreme-C 2009

Jamuan Hari Raya Xtreme-C Ditangguh 8/10/2009

Satu Jamuan Hari Raya Xtreme-C akan diadakan pada butiran berikut

Tarikh : 8 Oktober 2009
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Bankuasi
Masa : 10.00 Malam

Semua Ahli dijemput hadir untuk memeriahkan jamuan Hari Raya kita pada malam tersebut. Semua ahli diminta untuk membawa kuih raya dari bilik masing-masing.

p/s : sila tepati masa

Kehadiran adalah wajib !!!

"Esprit De Corps"
  Jamuan Hari Raya Xtreme-C Ditangguh 8/10/2009

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341