Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

SEMESTER PERTAMA SESI 2010/2011...

Salamat Sabtu dan Salamat Tahun Baru Hijrah dan Masehi...

Untuk sekian kalinya, maka terupdatelah blog ini...

Tanpa membuang masa...

Aktiviti yang pertama, Program Interaksi di Hutan Pendidikan Alam, UKM...

Pada 7 - 8 Ogos 2010...
Efa seorang yang terkehadapan

Mereka sangat gembira

Seterusnya, Jamuan Hari Raya Aidil Fitri, di gelanggang skuasy KUO...

Pada Bulan Syawal, sebab Syawal je orang sambut Aidil Fitri...
Fikri menjemput para tetamu

Tak da kuih raya, tak jadi la raya

tak da bunga api, tak jadi la raya
Menangkap gambar

Mereka sangat gembira

Terakhir, Perkhemahan Terbuka Xtreme-C di Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangoq...

Gunung Nuang Merupakan gunung tertinggi di Selangoq...

Pada 16 - 17 Oktober 2010 dengan kerjasama Outdoor Ultimate dan Across Altitude...
Mula, kaki gunung

Mereka bergambaq dulu

Mereka dapat button

mereka sedang berehat

Mereka sampai di puncak, mereka sangat gembira

Tamat, puncak gunung

Sekian daripada saya, Salamat Sabtu untuk Xtreme-C...

Gambaq apa plak ni???
  SEMESTER PERTAMA SESI 2010/2011...

Jamuan Raya Xtreme-C 2009



Pada 8/10/2009 Kelab Xtreme-C telah menganjurkan Jamuan Raya Xtreme-C di Bilik Bankuasi pada jam 10.00 malam. Jamuan ini merupakan acara yang julung-julung kali diadakan & diadakan khas untuk semua ahli keluarga Xtreme-C. Sambutan pada malam itu amat mengalakkan dengan hampir semua hadirin yang datang memakai baju raya sempena bulan syawal yang masih ada ini.

Juadah utama pada malam itu ialah Nasi Lemak dan ditambah dengan pelbagai kuih raya & kerepek2 yang dibawa oleh ahli-ahli Xtreme (Sampai tak terabis makan~). Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh MC kita iaitu abang Maliki. Seterusnya majlis telah menjemput YDP kita untuk menyampaikan amanat dan ucapan hari rayanya kepada semua warga kelab. Then sampailah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masa untuk menjamu selera, tapi sebelum itu bacaan doa telah dipimpin oleh Syahid.

Majlis juga diserikan dengan alunan lagu raya, walaupun dah 3 minggu raya namun kehangatan sambutan syawal itu masih terus terasa. Sambil2 makan kamera Mr.X meliar2 merakam pelbagai aksi ahli kelab yang tampak gembira dengan majlis malam itu. Secara keseruluhannya majlis berjalan dengan lancar dan berjaya. Semoga di hari raya akan datang majlis seperti ini akan dijalankan dengan lebih besar-besaran lagi. Sekian terima kasih.

"Esprit De Corps"
  Jamuan Raya Xtreme-C 2009

Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal Faizin

Photobucket

Salam,


Sempena kedatangan bulan syawal ini, pihak XtremeC mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua warga XtremeC.


Kesempatan ini juga pihak MT memohon beribu kemaafan atas segala salah dan silap. Terima kasih juga diucapkan atas segala sokongan anda kepada kelab selama ini.


Diberi peringatan sekali lagi, satu jamuan hari raya akan diadakan selepas cuti raya, semua warga XtremeC dengan sukacitanya dijemput membawa kuih muih untuk jamuan tersebut =)



"Esprit De Corps"
  Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal Faizin

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341