Blog Widget by LinkWithin

Karnival Sukan Xtreme + Karnival Varia-C Moments

Kejohanan Badminton



Woodball




Gerai




PES Challenge




Lain-lain



  Karnival Sukan Xtreme + Karnival Varia-C Moments

Perlawanan Bowling Sempena Majlis Perpisahan


OK, untuk makluman semua, sape2 yang belum tahu, pada khamis malam ini akan diadakan perlawanan bowling sempena majlis perpisahan ahli kelab tahun akhir. terima kasih diucapkan kepada semua bakal2 alumni. kami ahli kelab yang masih belaja mengharapkan anda sentiasa ingat dan cayang kat kelab;-)
ok sumer, pada hari tersebut, kenderaan akan disediakan untuk perempuan. Yang laki pandai2 la korang ye.hehe. Perlawanan ini akan diadakan di Metropoint, tapi perkembangan baru akan diberitahu kelak. InsyAllah kita bertolak pada jam lebih kurang 9.30 malam. sampai sana, kita akan main kul 11 malam.K?
Sila ambil perhatian nye. sape lambat, kita tinggal. untuk pertanyaan selanjutnya, bolehlah sms atau telefon Mr. Lan kita di number 0134860659.
Diulangi sekali lagi:

Perlawanan Bowling Sempena Majlis Perpisahan

Tempat : Metropoint, Kajang
Waktu : 9.30 p.m (Gelangang Bola Keranjang/main kul 11.30)
Tarikh : 26/03/2009 (Khamis)
Pertanyaan : Mr. Lan 0134860659

Jika ada pindaan, akan diberitahu kemudian. Harap semua beri kerjasamanya:-)
  Perlawanan Bowling Sempena Majlis Perpisahan

Majlis Tahlil

Salam,
Alhamdulilah satu majlis tahlil dan bacaan yasin telah diadakan pada malam isnin semalam.
Majlis ini bersempena kembali nya ayahanda kepada saudara amar dan bonda kepada saudari Nik Noradzimah. Ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menghadir kan diri pada malam tersebut. Pada saudara amar dan Nik Noradzimah, takziah diucapkan dan kuatkan semangat untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.

Sabar Atas Kematian Insan Tersayang


Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Huraian

1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.
  Majlis Tahlil

Takziah

salam,

Berita mengejutkan yang baru diterima.
Takziah diucapkan kepada mantan YDP kelab XtremeC iaitu saudara Amar atas pemergian ayahandanya ke rahmattullah.

Marilah kita semua sebagai satu keluarga menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham ayahandanya.

  Takziah

MEETING SETERUSNYA (19/03/2009)

Tarikh: 19 Mac 2009
Hari:
Khamis
Tempat:
Bilik Bankuasi
Masa: 10.00 Malam hingga 12.00 t/malam
Agenda: Majlis Perpisahan & Perlawanan Bowling

Kehadiran adalah wajib kepada semua ahli kelab, pelajar2 senior di jemput hadir untuk memeriahkan majlis dan pelajar2 first year dijemput untuk mengaktifkan diri bersama Kelab Xtreme-C. peace!
SILA TEPATI MASA!
  MEETING SETERUSNYA (19/03/2009)

Coretan 3: Suka Duka Karnival Sukan Xtreme-C

Syukur, alhamdulilah. karnival VariasiC Kolej Ungku Omar sudah berakhir. Maka berakhir lah juga karnival sukan XtremeC. Jutaan terima kasih Mr.X ucapkan pada mereka2 yang berjaya menjalankan tanggungjawab yang diberikan dgn sempurna.Pada hari terakhir, seperti yang dirancang sebelumnya, perlawanan badminton yang berbaki 8 games lagi telah diadakan di dewan badminton bangi (tepi mapley sek 15 tu). pada awalnya, hanya 3 games sahaja yang boleh dijalankan di pusanika. tetapi terdapat masalah teknikal (silau matahari bang kat pusanika;-[)yang menyebabkan 5 games lagi terpaksa dibuat di dewan bangi. lega bila saudara YDP kita, sarip telah bertindak pantas apabila dapat menempah dewan bangi on the spot;-)perlawanan badminton telah berakhir sepenuhnya dalam pukul 1 p.m.
pada pukul 10 pagi juga, baki perlawanan futsal jugak telah diadakan. yang mana team mantan YDP kita telah menjuarai bagi acara futsal.Tahniah diucapkan!:-}perlawanan PES jugak telah berjalan dgn baiknya tanpa sebarang masalah besar berlaku seperti acara badminton dan futsal(dah buat dlm bangunan, mane ade hujan:-]). keadaan di gerai jualan kita jugak agak meriah dgn menu hangat nya, Martabat Megi;-P jutaan maaf jugak dari Mr.X kerana tidak dapat upload gambar yang terkini atas sebab2 tertentu;-(
Akhir kata dari Mr.X, jutaan terima kasih sekali lagi kepada Kelab XtremeC yang bertungkus lumus, tak kira penat lelah, letih, tak cukup tido, sewel dan sebagainya dalam menjayakan Karnival ini!:-)

p/s: maafnye abg2 dan kakak2 sebab tak sempat nak sambar kamera brekpik or kamera lain utk diupload gambarnya..;'(   Coretan 3: Suka Duka Karnival Sukan Xtreme-C

Coretan 2: Suka Duka Karnival Sukan Xtreme-C

Piwettt!!
hehe.ape ni Mr.X, mukadimah pun dah pewitt;-) Takdelah, saja2 je Mr.X nak korang segarkan diri korang pada malam kedua Karnival Sukan XtremeC dan KVC ini. Hari ni, nak kata penat pun, tak penat sangat mcm hari sebelumnya. bukan apa, sepanjang hari boleh dikatakan hujan. Alhamdulilah, perlawanan game PES berjalan lancar sebab dibuat dlm bangunan ;-) (byk senyum Mr.X ni ;-))jadi, legelah sikit perasaan A.J.K karnival kita yg diketuai oleh mr Hadi dan mr Mohsin. Pada keseluruhannya, program berjalan seperti biasa. tapi memang tak boleh lari cik abang2 kakak2 apa yang kita rancang berjalan dgn lancar. sebenarnya perlawanan badminton sepatutnya dijalankan pada mlm ini, tetapi tertangguh ke pagi besok. Oleh kerana hukum alam, iaitu hujan rahmat. Plan A dah tak jadi, jadi Plan B lah pulak kene ready. jadi, esok dalam pukul 8 pagi kita akan mulakan perlawanan badminton mcm biase di pusanika. Pada mereka yg terlibat dlm pengurusan perlwanan besok, bangun awal tau.hehe. Pada petang besok jugak perlawanan futsal final akan diadakan.Mr.X amat berharap agar dipermudahkan Tuhan agar segala program besok berjalan lancar sebab besok adalah hari terakhir Karnival ;-( sedih lah pulak hari terakhirkan?;-( Oh!tidak lupe jugak kawan2 semua, marilah bagi sokongan untuk team ExtremeC kita dalam permainan woodball besok. kita mungkin hantar dalam 2 team, tapi tak sure lagi. ape2 pun kita tunggu besok;) team kita akan diketuai oleh Amar A.K.A Breakpik (poyonya.haha) iaitu mantan YDP kita. sejak dari petang lagi team kita sudah berlatih untuk merangkul kejuaraan yang bernilai 200 ringgit tu!wow!banyaknye! Oklah, sampai disini dulu coretan kita pada hari kedua karnival sukan XtremeC dan KVC.jadi, tunggu lah coretan terakhir Mr.X untuk Karnival besok. dan insyaAllah gambar akan diupload untuk coretan terakhir besok!!:-)

p/s:jom meriahkan gerai XtremeC yang sgt extreme!;-p

"SAYA SAYANG KELAB"


  Coretan 2: Suka Duka Karnival Sukan Xtreme-C

Coretan 1: Suka Duka Karnival Sukan Xtreme-C

Penat, penat, penat..aduh, itulah yg dirasai oleh Mr.X dan anda sekarang ni kan?OK, maafye sekali lagi blog kurang diupdate. bukan ape, masing2 baru lepas mid sem.hehe.pastu terkejar kejar kemari masing2 duk sibuk dgn KVC. dan tak dilupa jugak ahli kelab kita yg busy semacam dgn Karnival Sukan XtremeC. ni Mr.X baru je balik dari pusanika.mak ai, memang hangat sukan badminton yg kita anjurkan, sampai kul 2 pagi lebih baru separuh games habis. ni esok sambung lagi. petang tadi futsal dah setle dah, mlm ni kite layan badminton pulak tau;-?terima kasih lah Mr.X ucapkan pada mereka2 yang masih penat memenat lagi hingga sekarang ni (3.36 a.m). tak dilupa jugak pada mereka2 yang 24 jam duk jage gerai tu.jom la ramai2 kita jage gerai xtremec, nanti meriah sikit org tgok.ape mcm?takkan bace saje, dtang lah besok akak2 cun dan abg2 hensem oi!huhu;-)ok, nampak gayanye malam sudah tiada, pagi dah nak menjelma, Mr.X pun dah ngantuk. jadi, Mr.X ucapkan selamat maju jaya lah pada mereka2 yang sibuk dgn KVC dan Karnival Sukan XtremeC. buat lah keje tu dgn komitmen yg maksimum.ikhlas kan diri anda. pasti anda akan enjoy dan hepi menjayakan aktiviti kelab Xtreme yg kite sayangi semua!

p/s: jgn lupe akak2, abang2 untuk datang ke Gerai kite tau!jgn malu2!jom meriah kan suasana!;-p


  Coretan 1: Suka Duka Karnival Sukan Xtreme-C

Next Meeting

Tarikh: 12 Mac 2009
Hari:
Khamis
Tempat:
Bilik Bankuasi
Masa: 10.00 Malam hingga 12.00 t/malam
Agenda: Karnival Sukan Xtreme-C '09 dan Karnival Varia-C '09

Kehadiran adalah wajib kepada semua ahli kelab, pelajar2 senior di jemput hadir untuk memeriahkan majlis dan pelajar2 first year dijemput untuk mengaktifkan diri bersama Kelab Xtreme-C. peace!!!
  Next Meeting

Karnival Sukan Xtreme-C


Pada 13 Mac hingga 15 Mac 2009 akan diadakan Karnival Sukan Xtreme-C, acara yang akan dianjurkan ialah Futsal Piala Ungku Omar yang akan diadakan di Gelanggang Ungku Omar, Kejohanan Badminton Ungku Omar yang akan diadakan Gelanggang Badminton Pusanika dan PES Challenge 2009 yang akan diadakan di Foyer Ungku Omar. Sebarang maklumat boleh menghubungi penganjur iaitu Hadi Zabidi 0172302634 dan Mohsin 0177227209. Tarikh tutup penyertaan adalah 12 Mac 2009, Hadiah menarik menanti anda!!!
  Karnival Sukan Xtreme-C

Recent Comments