Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin

Perjalanan Program Induksi XTREME-C 2009/10

Maaf kerana lama tidak update blog tercinta ini dek kerana badan kureng sihat sikit, maaf kemaafan dipohon kepada semua.


Seperti kita sedia maklum, pada 19 haribulan yang lepas, program induksi selama satu hari telah dijalankan di Kolej, pelbagai tema modul telah dirancang seperti adik beradik, saya sayang kelab, let me know dan sebagainya. Program bermula dalam pukul 9 lebih dan berakhir dalam pukul 6 lebih.

Dalam Induksi ini, penekanan kepada asal usul kelab telah diberi keutamaan. Ini untuk memantapkan semua ahli am nya untuk menjelaskan matlamat kelab yang sebenar. Beberapa permainan mini sukaneka juga dirancang untuk mengeratkan lagi perhubungan antara ahli kelab. Dengan program Induksi ini juga telah memberi persediaan kepada senior-senior untuk menerima ahli baru. Terima kasih diucapkan pada batch 2008/2009 yang bersemangat mengikuti Program Induksi kali ini.

Tidak lupa juga terima kasih kepada ahli batch 2007/2008 yang menjayakan Program Induksi ini. Lagi tidak lupa juga semua alumni yang bersemangat menghadirkan diri pada program tersebut.

p/s: Gambar banyak, tapi takde sape nak donate lagi.huhu

"Esprit De Corps"


  Perjalanan Program Induksi XTREME-C 2009/10

Program Induksi Xtreme-C 2009/10

Program Induksi Xtreme-C akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 19hb Julai 2009
Hari: Ahad
Masa: 8.30 pg - 6.00 ptg
Tempat: Foyer KUO
Pakaian: Separa Formal + Sopan

Semua ahli kelab Xtreme-C (ahli baru dikecualikan) diwajibkan untuk hadir serta melibatkan diri dalam program ini.. Sebarang ketidak hadiran hendaklah dimaklumkan dengan kadar yang segera atau status keahlian anda akan dilucutkan.. Sebarang permasalahan lain boleh dirujuk kepada ahli Majlis Tertinggi kelab.. Sekian.. Pis..

p/s: Pengesahan status keahlian anda akan dilakukan pada hari ini.. Mana-mana ahli yang tidak hadir tanpa pemberitahuan serta sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan dengan kadar yang segera..

Esprit de' Corps   Program Induksi Xtreme-C 2009/10

Temuduga Ahli Baru

Pada semalam (15/07/2009) satu temuduga telah diadakan untuk mengambil ahli baru kelab. Alhamdulilah proses temuduga berjalan dengan lancar bermula pukul 8.30 p.m sampai pukul 12.00 a.m. Pada malam tersebut, penemuduga terdiri daripada MT dan senior-senior kelab. Tidak lupa juga beberapa alumni turut serta menjadi penemuduga pada malam tersebut. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan satu tradisi bagi kelab xtreme-C. Ini adalah salah satu keunikan kelab Xtreme-C kerana menjadi satu-satunya kelab di Kolej Ungku Omar ini yang mengambil ahli baru melalui temeduga. Pastinya ahli kelab yang baru dipilih terdiri daripada merekan yang berkualiti dan berkelayakan.

Akhir kata, terima kasih untuk mereka-meraka yang sudi menghadirkan diri untuk menjayakan proses temuduga untuk kali ini.

p/s: sape ade gambar, bagi aku. aku nak upload banyak2 kat sini.

"Esprit De Corps"


  Temuduga Ahli Baru

MEETING SETERUSNYA (16/07/2009)

Satu meeting bersama senior-senior untuk taklimat induksi akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 16 Julai 2009
Hari : Khamis
Tempat :
Bilik Xtreme-C
Masa : 10.00 p.m
Agenda : Taklimat Induksi


p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!


"Esprit De Corps"
  MEETING SETERUSNYA (16/07/2009)

Gotong-royong Bilik Xtreme-C


Seperti yang kita rancang, semalam (11/07/2009) telah diadakan gotong-royong untuk bilik gerakan kita. Disini ada beberapa gambar yang sempat diambil. Lega tidak terkira apabila masalah tikus dapat diselesaikan. Banyak tikus-tikus telah mati akibat daripada renovate yang dibuat di bilik ICT.

Terima kasih banyak-banyak pada meraka yang turun. Kerjasama anda amatlah dihargai. Thanks






"Esprit De Corps"
  Gotong-royong Bilik Xtreme-C

Minggu Pengenalan Kelab

Semester baru sudah bermula, adat alam, yang lama pergi, yang baru datang. Oklah, sudah lama Mr.X tidak mengarang dalam blog kita ni. Harap dengan sesi baru ni, jom kita sama-sama naik kan semangat "Esprit De Corps" dengan lebih hebat!

Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari isnin ini bersamaan 13/07/2009, minggu pengenalan kelab akan diadakan pada pukul 8.00 p.m. Oleh itu, sukacita dimaklumkan kepada semua senior-senior dijemput separuh wajib hadirkan diri anda untuk menarik minat pelajar first year untuk join bersama kelab kita yang tersayang ini. Pakaian adalah baju Xtreme-C. Kepada senior lelaki, tunjuk kan kejantanan anda untuk menarik minat kaum wanita..hehe..dan yang senior perempuan pulak, tunjuk kan kejelitaan anda untuk menarik pelajar lelaki yang semakin kuarang..hehe.

Aturcara dimulakan pada pukul lapan agak-agaknya, tetapi macam biasa, kita perlu bersiap awal untuk memasang khemah, meja dan pelbagai peralatan lagi untuk dihias semasa malam tersebut. Kalau tiada arang melintang, Kak La kita akan melakukan sedikit demostrasi abseiling dengan harapan ia akanmenjadi tarikan utama kelab kita.

Disini Mr.X akan berikan sedikit ringkasan kronologi yang akan dilalui dalam pemilihan ahli baru kelab:

13/07/2009 (Isnin) - Malam pengenalan kelab

14/07/2009 (Selasa) - Surat temuduga pada mereka yang berjaya ditemuduga akan diedarkan

15/07/2009 (Rabu) - Proses temuduga akan dijalankan

17/07/2009 (Jumaat) - Surat keahliaan pada mereka yang berjaya akan diedarkan


Diatas adalah serba sedikit proses yang akan dijalankan. Kepada senior-senior, sambutlah ahli-ahli baru hati terbuka dan tunjukan senyuman mesra anda!


"Esprit De Corps"
  Minggu Pengenalan Kelab

Latest: Meeting Pertama Sesi 2009/2010

Selamat menjalani semester seterusnya kepada senior-senior baru dan lama. Diharapkan anda semua terus mengaktifkan diri dengan lebih hebat.

Tarikh :
9 Julai 2009
Hari :
Khamis
Tempat :
Bilik Bankuasi
Masa : 10.00 p.m
Agenda : Pelaksanaan Aktiviti Semasa

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  Latest: Meeting Pertama Sesi 2009/2010

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341