Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin

OPEN CAMPING

Sejak sekian kalinya, maka terupdatelah blog ini.


"Esprit De Corps"
  OPEN CAMPING

AGM XTREME-C KALI KE 7

  AGM XTREME-C KALI KE 7

Family Day XtremeC

PERHATIAN: BBQ DITUKAR TEMPAT KE TASIK KEJURUTERAAN

Sukacita dimaklumkan, kelab Xtreme-C akan mengadakan "Family Day" seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh : 6 Mac 2010
  • Hari : Sabtu
  • Tempat : Gelanggang Bola Keranjang Kolej Ungku Omar
  • Waktu : Sesi 1: 2.30 - 6.00 petang dan Sesi 2: 8.30 - 12 malam
  • Tema: "Rockers"
Satu meeting untuk briefing perjalanan program akan diadakan seperti berikut:
  • Tarikh : 5 Mac 2010
  • Hari : Jumaat
  • Tempat : Bilik Bankuasi
  • Waktu : 9.00 p.m



Tentatif Perjalanan Family Day

Sesi 1
2.00 p.m - Berkumpul di Gelanggang Bola Keranjang
2.30 p.m - Explorace bermula
5.00 p.m - Explorace Berakhir, sama-sama buat persiapan untuk BBQ. Persiapkan arang.


Sesi 2

8.30 p.m - Berkumpul di Tasik Kejut
9.00 p.m - Dinner/Sukaneka/Ucapan/Penyampaian anugerah dan cenderamata
12.00 a.m - Tamat


Hadirin dikehendaki untuk membawa hadiah bagi aktiviti 'bertukar hadiah'. Syarat bagi hadiah tersebut ialah RM 3 dan ke atas.

Semua ahli kelab Xtreme-C dijemput untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan "Family Day" Xtreme-C pada tahun ini.

"Esprit De Corps"   Family Day XtremeC

Meeting Seterusnya (28/02/2010)

Tarikh : 28 February 2010

Hari : Ahad

Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 9.00 p.m



p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  Meeting Seterusnya (28/02/2010)

Annual Camping Gunung Berembun 2009/2010

Salam to all,

Seperti mana yang kita tahu, pada tarikh 18/02/2010 (Khamis) sampai 21/02/2010 (Ahad) yang lepas, annual camping kelab telah dijalankan. Seramai 37 peserta yang terdiri daripada ahli first year sampai lah alumni.




18/02/2010 (Khamis)


Nampak gayanya annual camping kali ni terpaksa dibuat pada hujung minggu cuti raya cina disebabkan oleh pelbagai masalah yang menimpa. Oklah, pada hari khamis malam, semua peserta telah berkumpul di foyer KUO, pelbagai kelengkapan camping telah disediakan dengan mantapnya. Pada ketika itu, semua peserta telah menunjukan semangat Esprit De Corps pabila bekerjasama untuk persiapan terakhir sebelum bertolak ke Berembun, Dungun. Terima kasih kepada mereka yang balik awal2 lagi.

Tepat jam kul 11.30 p.m lebih kurang, dengan rasa semangat, semua peserta bertolak menuju ke destinasi seperti yang dirancang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam termasuk berhenti berehat dan sak kok lu.

19/02/2010 (Jumaat)

Lega terasa dihati bila sampai di sana dalam pukul 8 pagi. Seperti biasa taklimat ringkas daripada RGS dan Guide jabatan hutan di sana diadakan. Lebih kurang pukul 9 pagi, perjalanan menuju ke puncak bermula.

Annual camping pada kali ini adalah yang paling mencabar kerana perlu membawa barang di sepanjang perjalanan dengan jarak lebih kurang 7 KM dengan trek turun naik tak habis2. Walaupun keadaan trek yang amat mencabar, tapi masing2 memang bersemangat sakan pabila diberi kata2 semangat oleh ahli2 kelab yang lain. Terima kasih banyak2. Keadaan pemandangan yang cantik amat mempersonakan setiap peserta yang pergi.

Lebih kurang pukul 1 petang lebih2 sikit, semua peserta telah sampai di Kem Balak dekat sungai Y. Keadaan di situ amat sesuai sekali untuk beristirehat dan masak memasak. Masing2 telah mengambil peluang untuk berehat, makan bersama, solat dan sebagainya. Seperti biasa, coklat memang menjadi bahan utama untuk di pelahapkan sama2. Itu lah semangat kekeluargaan yang kita mahu.
Nampaknya perjalanan semakin jauh lagi, oleh kerana masalah masa yang lari sikit, ada sedikit perubahan plan. Dari kem Balak, peserta akan menuju terus ke Puncak Berembun lebih kurang jam 4 petang. Walaupun masing2 dah penat,letih dan ada yang kejang otot. Tapi dari segi psychology masih utuh dengan motto Teguh Setia Bersatu!

Perjalanan ke puncak juga memang mencabar, kadar kecerunan semakin tinggi menyebabkan perasaan luar biasa semakin meningkat. Seperti di Ledang sebelum ini, taman Bonsai juga dijumpai. Tapi ia masih tidak boleh lawan taman Bonsai di Ledang dari segi kecantikanya.

Oh penat tidak terkata bila sampai di taman Bonsai. Sumer pancit, kaki, tangan dan yang pastinya perut. Lebih kurang kul 7 petang bersamaan 3 jam perjalanan, alhamdulilah dengan perasaan nikmat peserta2 telah sampai di puncak Berembun!

Perasaan gembira, terharu, sayu bercampur bila berada di atas. Masing2 telah gelak sakan kerana gembira yang amat sangat dicampur pulak ada kamera untuk diambil gambar. Segala posing ada, yang peliknya yang letih bertukar kuat bila bergambar. Kekeke. Itulah keunikan kelab xtremec!Tahniah dan syabas diucapkan! Terutama sekali pada first yang pertama kali mengikuti camping bersama kelab XtremeC yang disayangi.

Oleh kerana masa yang memcemburui, perjalanan turun dari puncak perlu diawalkan disebabkan hari yagn dah nak gelap. Dalam pukul 7 lebih masing2 telah bergerak turun ke Kem Langsir dengan kedudukan peserta perempuan dihadapan. Dalam keadaan gelap gelita ditengah malam, mental peserta diuji sekali lagi pabila perlu melalu trek yang curam dan melalui trek yang licin disebabkan di tepi sungai. Dengan perjalanan diterangi lampu suluh je, lega tidak terkata pabila dapat sampai di kem langsir dalam masa lebih kurang 3 jam. Memang annual camping kali ni sangat mencabar, cuba bayangkan seluruh perjalanan setiap peserta perlu memikul beg yang berat bersama makanan dan khemah.


Dengan keadaan suasana malam yang sayu ditemani bunyi semulajadi hutan yang misteri, lebih kurang pukul 11 malam peserta telah sampai di Kem Langsir. Pemandangan di kem Langsir yang amat cantik sekali, dengan batu sungai yang besar terhampar, memang sesuai sekali untuk tidur menghadap langit sambil tengok ke bintang yang bercekerama di langit biru sana. Itu lah pengalaman yang tidak boleh dilupakkan oleh setiap peserta. Di kem Langsir ini juga makanan malam disediakan dan khemah dipasang untuk persediaan untuk perjalanan besok yang masih jauh lagi.

19/02/2010 (Sabtu)

Sinar pagi di kem lansir amat indah sekali, semangat peserta makin kuat untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Sarapan pagi disediakan dengan amat teliti sekali oleh chef2 yang berpengalaman. Pada hari ketiga ini, peserta mengambil peluang mandi di sungai dan air terjun di kem Langsir. Ada juga yang tidak melepaskan peluang meninggalkan pisang masak berwarna kuning dengan gembiranya. Pemandangan yang amat mengujakan peserta semua.



Selepas sarapan dan makan tengahari, perjalanan camping seterusnya bermula. Pada lebih kurang pukul 12 tengah hari, peserta bersia sedia menurun kan khemah untuk ke kem Balak. Macam biasa, taklimat ringkas diberikan oleh Guide jabatan hutan. Dan untuk melancarkan perjalanan, peserta perempuan berada di barisan hadapan diikuti dengan peserta lelaki di belakang.


Tepat jam 1.30 petang, peserta memulakan perjalanan yang dianggarkan mengambil masa 4 jam ke kem Balak. Kem Balak adalah tempat yang peserta memasak semasa hari sebelumnya. Keadaan trek yang turun naik amat mencabar mental peserta. Peserta juga perlu melalui beberapa batang sungai sebelum ke kem Balak. Lebih kurang pukul 5.30 petang, alhamdulilah semua peserta sampai ke kem Balak dengan jayanya. Ini adalah tapak perkhemahan kedua untuk annual camping kali ini. Sampai sahaja disana, peserta lelaki sibuk menaik kan khemah, manakala peserta perempuan sibuk memasak untuk makan malam.

Suasana malam kembali menjelma, masing2 mengambil peluang membersihkan diri untuk aktiviti seterusnya. Selesai sudah makan malam, tepat jam 9 malam, beberapa game untuk mengeratkan silaturahim antara peserta kelab diadakan iaitu “choki choki cha cha cha” dan “lagu burung atas batang”. Terima kasih pada AJK program kerana dapat menghiburkan hati peserta pada malam tersebut.


Seterusnya aktiviti bersama MT, senior dan Alumni bermula. Pada malam tersebut, peserta tahun 1 diberi penekanan tentang jati diri kelab. Olahan daripada MT, senior dan Alumni telah membakar semula semangat Esprit De Corps dalam setiap hati peserta.

Malang tidak berbau, pada malam tersebut, salah seorang ahli kelab kita iaitu saudari syud telah mengalami kekejangan otot. Dengan semangat kekeluargaan, masing2 telah menolong dengan sayangnya. Terima kasih pada mereka yang terlibat. Pada jam 12.45 pagi perjalanan aktiviti malam tersebut disambung lagi di tepi unggu api kerana kesejukan yang melampau di tepi sungai. Setiap peserta daripada first year menunjukan respon yang baik tentang asal usul kelab. Terima kasih diucapkan. Lebih kurang pukul 3 pagi, semua aktiviti pada malam tersebut selesai dengan jayanya. Semua peserta masuk tidur nyeyak dalam khemah masing2.

20/02/2010 (Ahad)

Pada hari terakhir perkhemahan, masing2 menunjukan wajah yang ceria dan bersemngat walaupun sedih kerana program dah nak habis. Macam biasa, sarapan pagi disediakan oleh chef2 kelab yang berpengalaman. Tapi perjalanan pulang masih belum selesai, dari kem Balak ke kaki gunung amat mencabar walaupun tak susah seperti trek sebelum ni. Lebih kurang bertolak dari pukul 11 pagi, perjalanan mengambil masa 4 jam. Majoriti peserta tiba di kawasan kaki bukit lebih kurang pukul 3 petang. Oleh kerana bas pukul 5 petang, setiap peserta mengambil peluang untuk berehat, mandi, sembahyang dan lepak2 sak ko lu bersama-sama.


Lebih kurang pukul 5.30, bas UKM sampai untuk perjalanan balik ke UKM. Dengan perasaan sayu, setiap peserta meninggalkan kaki gunung Berembun. Perjalanan ke UKM yang mengambil masa lebih kurang 7 jam memang meletihkan peserta. Dalam pukul 11.30 malam, semua peserta selamat tiba di UKM. Alhamdulilah semua peserta selamat sampai.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka2 yang pergi, dan tak lupa juga yang sentiasa support kelab selamanya. Hidupkan semangat Esprit De Corps dan motto Teguh Setia Bersatu!

"Esprit De Corps"

  Annual Camping Gunung Berembun 2009/2010

Tentatif Annual Camping Gunung Berembun 2009/2010

Sepermana yang sedia maklum, kelab Xtreme-C akan mengadakan perkhemahan tahunan seperti biasa. Sedikit info tentang Gunung Berembun:

Gunung Berembun yang terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 2077 meter (6,817 kaki).
Gunung Berembun mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Credit Pic To Mukapecah8
Tentatif Penuh Program
  • Tarikh : 19-21 Februari 2010
  • Hari : Jumaat-Ahad
  • Tempat : Gunung Berembun, Dungun, Terengganu
  • Bayaran : RM 80.00

18 Februari 2010 (Khamis)

10.00 p.m - Berkumpul di foyer Kolej Ungku Omar
Bertolak ke Gunung Berembun, Besut Terengganu

19 Februari 2010 (Jumaat)

5.00 a.m - Dijangka tiba
6.00 a.m - Solat Subuh/Persiapan Diri
7.30 a.m - Sarapan
8.30 a.m - Taklimat pendakian gunung /Pemeriksaan Barangan
9.30 a.m - Mula Pendakian ke Kem B (Balak) dan bermalam di kem B
(pendakian mengambil masa lebih kurang 8-9 jam)
9.30 p.m - Aktiviti 1
11.00 p.m - Minum malam/Tidur

20 Februari 2010 (Sabtu)

6.00 a.m - Solat Subuh/Sarapan
7.00 a.m - Senaman ringan
9.30 a.m - Persiapan untuk mendaki ke puncak (pendakian mengambil masa lebih kurang 2 jam) seterusnya menuju ke kem Lasir yang mengambil masa 1-2 jam dam bermalam di kem lasir.
9.00 p.m - Aktiviti 2 
11.00 p.m - Minum malam/Tidur

21 Februari 2010(Ahad)

6.00 a.m - Solat Subuh/Senaman ringan
7.00 a.m - Sarapan pagi
9.00 a.m - Persiapan untuk turun ke Lata Cemerong
4.00 p.m - Pulang ke UKM


Untuk segala pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Adi (+6017-2302636)

"Esprit De Corps"



  Tentatif Annual Camping Gunung Berembun 2009/2010

Meeting Terakhir Sebelum Annual Camping 09-10/02 /2010

Meeting terakhir sebelum Annual Camping akan diadakan pada 09/02/2010 (Selasa) dan 10/2/2010 (Rabu). Pada meeting hari rabu, taklimat daripada ranger akan diadakan. Semua peserta diwajibkan hadir kerana beberapa informasi penting akan disampaikan.

Detail meeting adalah seperti berikut:


Tarikh : 09 February 2010


Hari : Selasa

Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 9.00 p.m




Tarikh : 10 February 2010

Hari : Rabu

Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 9.00 p.m

Sila bawa duit baju RM20 dan yuran Annual Camping sebanyak RM80. Sebarang maklumat tentang Annual Camping bolehlah menghubungi Adi ditalian 017-2302634.



"Esprit De Corps"   Meeting Terakhir Sebelum Annual Camping 09-10/02 /2010

Keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 09/10


Keputusan rasmi telah dikeluarkan dan ASPIRASI telah berjaya memenangi 21 kerusi manakala GABUNGAN MAHASISWA telah memenangi 14 kerusi dengan jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan adalah 35. Ini membolehkan pihak Aspirasi membentuk kabinet PMUKM yang kukuh iaitu 2/3 dari anggota MPP UKM. Syabas diucapkan kepada calon-calon yang berjaya, dan bagi yang kurang bernasib baik syabas juga diucapkan kerana telah berusaha bersungguh-sungguh.

Keputusan penuh pilihanraya kampus UKM 2009/2010:
http://smp.ukm.my/resultmpp/

Kepada semua jentera pilihanraya KUO yang kebanyakannya terdiri daripada ahli kelab Xtreme-C, syabas dan tahniah diucapkan atas segala usaha anda untuk memastikan pilihanraya kampus pada tahun ini berjalan dengan lancar. Semoga pada tahun-tahun akan datang, ahli kelab dapat memberikan lebih komitmen kepada pilihanraya kampus agar ianya dapat dijalankan tanpa sebarang kekecohan.




"Esprit De Corps"
  Keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 09/10

Jadual Tugas Jentera Penggerak Pemilihan MPP 09/10

Sila tepati masa bertugas anda.

Jadual Tugas Jentera Penggerak Pemilihan Mpp 09


"Esprit De Corps"
  Jadual Tugas Jentera Penggerak Pemilihan MPP 09/10

Meeting Seterusnya (22/01/2010)

Tarikh : 22 January 2010

Hari : Jumaat

Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 10.00 p.m



p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  Meeting Seterusnya (22/01/2010)

Isu Semasa: Memori Sudirman Tercabar di UKM

Oleh Zainuddin Maidin
bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan.
e-mel:
zainudinmaidin@gmail.com

JIKA tidak kerana campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir mungkin konsert Malam Anak Desa Bersama Sudirman yang diadakan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Januari 1985 dibatalkan terus kerana tentangan keras daripada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

Pembatalan itu terpaksa dibuat apabila bantahan sampai kepada peringkat mengancam dan sesuatu yang buruk akan berlaku jika diteruskan. Risalah-risalah disebarkan menyifatkan penganjur dan penyokong penyokong konsert itu sebagai taghut dan kafir. Selain beberapa persatuan mahasiswa, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM), Profesor Dr. Shahril Mohd Zain bertindak sendirian menyokong bantahan itu, menyebabkan beliau dikecam oleh beberapa orang pegawai dan pentadbiran kanan UKM.

Bersama-sama dengan PMUKM dalam bantahan ini ialah Persatuan Mahasiswa Fakulti Islam, Persatuan Kakitangan Akademik UKM, Persatuan Anak Kelantan, Jaksa Komsis, Persatuan Mahasiswa Sains dan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Haji Idris Omar. Ini merupakan suatu episod hitam yang mencemarkan UKM yang pada peringkat awal perkembangannya untuk menjadi sebuah universiti berkualiti dan bertaraf nasional. Beberapa pihak menyifatkan UKM sebagai Universiti Kolot Melayu.

Sebelum peristiwa ini PMUKM mendalangi beberapa usaha dengan menghalang kegiatan kesenian dan kebudayaan di universiti itu. Bagaimanapun ini tidak sahaja berlaku di UKM tetapi juga merupakan fenomena di Universiti Malaya dan juga di UiTM di mana beberapa orang ustaz dan pengikut mereka mengecam pendidikan seni dan hiburan di institut itu.

Tenaga pengajar UiTM dan juga UKM yang progresif sering naik dan turun tangga pejabat Utusan Melayu untuk memaklumkan masalah gangguan, ugutan dan penghinaan yang sering diterima daripada golongan pelampau agama yang berfikiran sempit. Berikutan tekanan yang dihadapi, Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi UKM yang menganjurkan malam bersama Sudirman itu untuk mengutip derma bagi Pemadam dan tabung kegiatan mereka membatalkan pertunjukan itu setelah berunding dengan pihak berkuasa UKM untuk mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Risalah disebarkan selepas sembahyang pada suatu Jumaat mengecam penganjur sebagai berotak jahiliah , berperangai kafir walaupun lidah beriman. Pembeli tiket dan penyokong pertunjukan itu dianggap sebagai orang yang mengkhianati kesucian Islam.

Utusan Malaysia adalah satu-satunya akhbar pada masa itu yang paling di hadapan dalam mendedahkan tindakan mahasiswa tersebut, mengecamnya dan memberikan sokongan kepada pihak penganjur.

Seorang tutor Jabatan Geografi UKM Abd Rahim Md. Nor telah menulis panjang dalam Utusan Malaysia 23 Januari 1985 marahkan Awang Selamat yang menyifatkan bantahan itu memberikan imej UKM sebagai universiti yang mundur ke belakang, tidak terbuka dan tidak bersifat nasional dan universal dan tidak menampakkan imejnya sebagai sebuah universiti. Tetapi lebih kepada imej pondok yang banyak terdapat di kampung-kampung terutama di Kelantan. Abd. Rahim antara lain berkata, "Ditinjau dari sudut mana pun atau oleh mana-mana pihak yang sempurna imannya, pertunjukan sesebuah konsert yang dalamnya terdapat orang atau orang orang yang memperagakan diri, suara, gaya, emosi, gerak-geri dan pakaiannya, apalagi bila mencampur adukkan kaum wanita dan lelaki yang bukan muhrim di atas sebuah pentas dan menjadi tontonan orang ramai, hukumnya adalah haram. Ini bukan sahaja kebenaran Islam tetapi hakikat agama suci itu", katanya.

Pembatalan konsert itu kerana ugutan, "Kalau diteruskan juga, tunggulah jawapannya pada 5 Januari" akhirnya mendedahkan sikap silent majority di kalangan kakitangan akademik dan mahasiswa universiti itu.Sepuluh buah persatuan yang bergabung di bawah Persatuan Mahasiswa mengisytiharkan mereka tidak bersama dengan PMUKM sebaliknya menyampaikan memorandum membantah pembatalan pertunjukan itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam di samping menuntut kerajaan menyiasat anasir luar yang berada di belakang penentangan konsert berkenaan.

Mereka menyatakan tindakan PMUKM itu tidak mewakili segenap persatuan secara menyeluruh. Beberapa pensyarah pula mengecam Persatuan Kakitangan Akademik UKM yang menyokong pembatalan konsert itu kerana perbuatan tersebut melanggar piagam universiti yang melarang para pensyarah menyebelahi mana-mana pihak mahasiswa.

Memorandum membantah pembatalan pertunjukan itu dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri menerusi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar UKM) Prof. Madya Dr. Abdul Halim Othman dengan salinannya kepada Menteri Pelajaran Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Pembatalan konsert itu mengecewakan ribuan orang yang membeli tiket terutama sekali kalangan mahasiswa dan keluarga ahli-ahli akademik.

Kampus

Orang ramai di luar kampus turut mengecam bantahan terhadap pertunjukan itu sebagai perbuatan " kolot dan liar" yang mencemarkan keseluruhan mahasiswa dan kakitangan UKM. Reaksi marah ini tidaklah mengejutkan kerana pada masa itu Sudirman sedang berada di puncak populariti di kalangan masyarakat berbilang kaum dari peringkat kanak kanak, belia dan orang dewasa dan juga orang tua.

Reaksi Sudirman sendiri ialah "sedih kerana mengecewakan ramai yang telah membeli tiket". Komposer terkenal Ahmad Nawab merasa kesal "kerana dikaitkan bantahan itu dengan Islam sedangkan Islam agama yang paling progresif," katanya.

Presiden Persatuan Penyanyi Tanah air (Papita) Ahmad Daud yang juga seorang penyanyi berkata "Menyanyi memang satu profesion, suara merdu yang ada pada seseorang penyanyi itu adalah kurniaan Tuhan".

Kontroversi ini diberikan publisiti meluas oleh akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia dan ia menarik perhatian Dr. Mahahtir yang mendorongnya memanggil saya dan juga Ketua Pengarang akhbar Berita Harian ke kediamannya yang turut disertai oleh Musa dan Abdullah.

Dr. Mahathir merasa sedih kerana mahasiswa kita yang sepatutnya mempunyai sikap terbuka dan berani untuk membuat penyesuaian dengan persekitaran dan membina ketahanan diri dalam masyarakat yang pelbagai budaya telah menampakkan diri mereka sebagai golongan yang percaya kepada pengasingan diri sebagai kekuatan.

Beliau bersetuju dengan tindakan pihak penganjur membatalkan pertunjukan Sudirman itu sebagai langkah penangguhan sementara . Tetapi beliau mengarahkan Menteri Pelajaran memastikan pertunjukan itu diadakan semula pada masa sesuai.

Berikutan dengan itu Konsert Malam Anak Desa Bersama Sudirman diadakan pada 2 Mac 1985 di Dewan Tun Abdul Razak UKM dengan mendapat sambutan yang di luar jangkaan berikutan kehadiran lebih 3,000 terutama kalangan mahasiswa dan kakitangan akademik serta keluarga mereka. Konsert itu berlangsung dalam kawalan ketat kerana ada ugutan disebarkan bahawa bala akan turun pada pukul 9.47 malam. Bagaimanapun pada detik itu seluruh penonton sedang berada dalam keadaan terpukau mendengarkan Sudirman membawakan lagu Anak Dagang.

Penonton yang mulanya berada dalam debaran sebelum pertunjukan dimulakan kerana "Selendang Merah" akan datang menghukum orang-orang kafir bertukar menjadi tenang dan ceria sebaik sahaja lampu dinyalakan dan Sudirman memulakan persembahan.

Komen yang menarik daripada seorang penonton selepas pertunjukan itu ialah " Saya tidak rasa menjadi kafir setelah menonton sebaliknya hati saya terguris dengan mesej-mesej yang disampaikan oleh Sudirman menerusi lagu-lagunya."

Sudirman membuktikan kepada penonton bahawa beliau adalah seorang penyanyi yang menjiwai inspirasi nasional. Beliau menyelimutkan tubuhnya dengan bendera Malaysia dan menyanyikan lagu- lagu yang berunsur kecintaan pada tanah air dan kemanusiaan.

Antara lagu yang disampaikan ialah Anak Desa, Tanah Ini Tanahku, Tegakan Bendera Kita, 31 Ogos., Balik Kampung, Ayah Dan Ibu, Warisan dan lain-lain yang menggambarkan dirinya bukan sebarang seniman tetapi seorang seniman patriotik.

Wartawan New Straits Times Sahibullah menulis dalam NST 4 Mac 1985 mengenai kejayaan hebat konsert itu dengan kata- kata "Tidak perlu ada ketakutan sama sekali jika seseorang itu percaya pada tuhan." Thus as you can see, there was nothing to fear at all if one puts one's trust in God.

Suatu lagi percubaan untuk mengagalkan konsert Sudirman pada 17 Ogos 1985 oleh Persatuan Islam Universiti Malaya tidak berjaya kerana ketegasan Naib Canselor Universiti Malaya profesor Diraja Ungku Aziz.

Ungku Aziz berkata, "Pihak universiti tidak boleh membatalkan konsert ini semata-mata kerana ada pihak yang tidak menyenanginya atau beranggapan ia bercanggah dengan ajaran Islam. Kerajaan sendiri tidak mengharamkan lagu dan persembahan penyanyi Sudirman" (Utusan Malaysia 6 Ogos 1985).

Perubahan dinamik sosiopolitik tanah air dengan penggabungan puak-puak politik pelampau agama dan perkauman yang berkompromi atas core values masing-masing juga menjadikan kegiatan Islam di universiti universiti lebih moderate dan rasional sekarang ini. Tindakan demonstrasi membantah pertunjukan Sudirman seperti yang berlaku pada tahun 1985 dan juga demonstrasi bantahan terhadap majlis hiburan di Istana Kelantan dan juga di UiTM Terengganu yang dilakukan anasir pelampau Islam tidak lama dahulu, tidak mungkin akan berlaku lagi kerana ia menjadi tamparan kepada idola mereka di luar kampus dan akan menyebabkan mereka kelihatan berada di luar kesedaran baru politik puak pelampau yang menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.


Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010


"Esprit De Corps"   Isu Semasa: Memori Sudirman Tercabar di UKM

Meeting Seterusnya (14/01/2010)

Tarikh : 14 January 2010

Hari : Khamis

Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 9.00 p.m



p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  Meeting Seterusnya (14/01/2010)

LAPORAN EKSPEDISI GUNUNG LEDANG








25 DISEMBER 2009

Para peserta yang terlibat berkumpul di foyer Kolej Ungku Omar tepat pukul 8.30 pagi untuk pendaftaran menyerti pendakian Gunung Ledang itu. Para peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan.

Tepat jam 9.30 setelah persediaan telah sempurna, kami memulakan perjalanan ke Gunung Ledang. Seramai 51 peserta serta 6 orang renjer RGS yang berpengalaman telah menyertai pendakian ini.

Setelah sampai di kaki Gunung Ledang, perasan teruja dan bersemangat menyelubungi diri masing-masing. Rasa tidak sabar untuk mendaki. Setelah itu kami terus menaikkan khemah kami untuk bermalam selama 2 malam. Setelah itu, renjer RGS memberikan sedikit taklimat keselamatan dan kehidupan berkhemah.

Pada malam sebelum pendakian, pihak Taman Negara Gunung Ledang memberikan taklimat mengenai pendakian yang akan kami alami keesokan harinya. Kami tidak dibenarkan memetik sebarang tumbuhan kerana kebanyakan tumbuhan di Taman Negara itu adalah tumbuhan yang dikawal spesiesnya. Kami juga ditugaskan untuk mengangkat sedikit bantal sabut kelapa dari Menara Kawalan Telekomunikasi di sebelah puncak Gunung Ledang untuk diletakkan di trek yang telah rosak.

Selepas itu, kami pulang ke khemah untuk membuat persiapan pendakian keesokan harinya.

26 DISEMBER 2009

Paad pukul 6.30 pagi, para peserta berkumpul untuk memulakan pendakian. Pendakian harus dilakukan pada awal pagi kerana jangka masa pendakian ke puncak adalah lebih kurang 5-6 jam tidak termasuk jangka masa turun dari puncak ke kaki bukit.

Setelah melakukan sedikit senaman ringan, kami memulakan pendakian ke puncak. Kami harus melalui 8 checkpoint untuk tiba di puncak. Pelbagai halangan harus kami tempuhi untuk tiba di puncak. Semuanya mencabar. Tanpa semangat yang tinggi, harapan untuk tiba di puncak adalah tipis.

Extreme de corps merupakan sumber semangat para peserta untuk tiba dipuncak disebalik semangat-semangat yang diberikan oleh rakan-rakan.

Sebaik sahaja tiba dipuncak, perasaan yang tidak terhingga muncul dalam diri masing-masing. Walaupon sebilangan yang tidak tiba dipuncak akibat kecederaan, mereka tetap memberikan pujian menggunung buat rakan-rakan yang tiba dipuncak.

27 DISEMBER 2009

Setelah mengharungi detik-detik yang mendebarkan semasa pendakian dan menuruni Gunung Ledang, para peserta diujii pula kemahiran absailing. Namun, aktiviti ini tidak diwajibkan kerana risiko yang sangat tinggi.

Pada pukul 2.00 petang, kami berkemas-kemas untuk pulang ke UKM. Kami menurunkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan. Selepas sesi pengambaran, kami terus bertolak pulang ke UKM.

banyak nilai-nilai murni yang dapat dilihat semasa pendakian ini termasuklah semangat setiakawan, tolong-menolong, menjaga kebersihan dan yang paling penting semangat esprits de coprs!



"Esprit De Corps"
  LAPORAN EKSPEDISI GUNUNG LEDANG

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341