Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin

Laporan Mesyuarat Agung Xtreme-C Ke-6

Pada 25 Februari yang lalu, Mesyuarat Agung Xtreme-C yang ke 6 telah dijalankan dengan jayanya.. Kesemua 14 jawatan majlis tertinggi dan exco-exco kelab Xtreme-C untuk sesi 2008/2009 telah dibubarkan secara rasminya.. Kepada sekalian mantan-mantan, Mr.X di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua di atas segala sumbangan yang telah diberikan kepada kelab.. Pengorbanan serta komitmen anda semua kepada kelab amat2lah dihargai.. Mr.X juga yakin bahawa segala usaha dan titik peluh anda tidak akan terbuang begitu sahaja.. Terima kasih sekali lagi diucapkan..


Pada hari yang penuh gilang gemilang ini juga, seramai 14 orang ahli majlis tertinggi dan juga exco baru untuk sesi 2009/2010 telah dilantik secara rasminya.. Antara mereka2 yang terpilih untuk terus menjulang nama Xtreme-C adalah seperti berikut:

Yang Di Pertua: Muhamad Syarifuddin bin Mohd Badri
Naib Yang Di Pertua 1: Nurasikin binti Sukimin
Naib Yang Di Pertua 2: Ahmad Maliki bin Hassan
Setiausaha Agung: Muhammad Akmal Hakim bin Hazman
Bendahari: Noor Azizah binti Abu Bakar
Setiausaha Kerja: Zakiah binti Misman

Exco Sukan & Rekreasi: Mohd Azlan bin Mohamad
Timbalan Exco Sukan & Rekreasi: Muhammad Hadi Zabidi bin Rosdi
Exco Teknikal: Mohd Udzair bin Depanaik
Timbalan Exco Teknikal: Siti Aissah binti Abdullah
Exco Kerohanian & Kebajikan: Khairul Anuar Abdul Rahman
Timbalan Exco Kerohanian & Kebajikan: Nurul Akmal binti Yusof
Exco TTK & Alumni: Munirah binti Maidin
Timbalan Exco TTK & Alumni: Nor Najiha binti Ramlee


Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih.. Diharapkan anda semua dapat memberikan sepenuh komitmen dan usaha bagi memastikan nama Xtreme-C terus bersinar di Kolej Ungku Omar.. Kami di barisan belakang sentiasa di sini untuk anda.. Sekian..

'Esprit de' Corps'   Laporan Mesyuarat Agung Xtreme-C Ke-6

Mesyuarat Agung Tahunan Xtreme-C

Tarikh: 25hb Februari 2oo9
Hari: Rabu
Masa: 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat: Bilik Bankuasi
Pakaian: Sopan + baju Xtreme

Kehadiran semua ahli adalah diwajibkan.. sila datang tepat pada waktu bagi tidak mengganggu perjalanan majlis.. terima kasih..

p/s: minuman ringan disediakan..   Mesyuarat Agung Tahunan Xtreme-C

XTREME-C LEGACY (aka Hari Keluarga & Malam BBQ Xtreme-C)

Tarikh: 22hb Februari 2009
Hari: Ahad
Tempat: Sekitar UKM & Bumbung Biru KUO
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengahari/9.10 malam - 11.00 malam
Bayaran: RM10.00 (Percuma bagi yang menyertai Annual Camping)
Tema (Malam BBQ) - P.Ramlee

Tentatif Program:

8.00 pagi - Berkumpul di Gelanggang Bola Keranjang KUO
8.30 pagi - Warm up
8.45 pagi - Sukaneka
10.00 pagi - Explorace
12.30 tengahari - Rehat

(5.00 petang - Start bakar ayam + kemas2)

9.10 malam - Acara malam bermula
11.00 malam - Acara tamat

p/s:
- Barang2 wajib bawa: Hadiah, minimum RM3.00, air minuman untuk aktiviti pagi
- Semua ahli diwajibkan hadir.. Kehadiran alumni amatlah dialu-alukan..
- Sila ikut tema yang telah ditetapkan.. Terima kasih..
- Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada KP, Usop (017-7960545)   XTREME-C LEGACY (aka Hari Keluarga & Malam BBQ Xtreme-C)

Next Meeting

Tarikh: 17hb Februari 2009
Hari:
Selasa
Tempat:
Bilik Bankuasi
Masa:
10.00 pm - 12.00 am
Agenda utama:
Hari Keluarga Xtreme-C & Malam BBQ Xtreme-C

Kehadiran adalah diwajibkan.. Mesyuarat terakhir bersama barisan2 kepimpinan 2008/2009..

p/s: terdapat pertukaran tarikh mesyuarat (Rabu ke Selasa) daripada yang dimaklumkan sebelumnya disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Sila maklumkan kepada semua ahli, terima kasih..   Next Meeting

Tarikh Penting Xtreme-C

Next Meeting
Tarikh: 17hb Februari 2009
Hari: Selasa
Masa: 10.00 - 12.00 malam
Tempat: Bilik Bankuasi

Hari Keluarga Xtreme-C & Malam BBQ Xtreme-C
Tarikh: 22hb Februari
Hari: Ahad
Masa: Sepanjang hari
Tempat: Tasik Kejut & Sekitar KUO

Mesyuarat Agung Tahunan
Tarikh: 25hb Februari 2009
Hari: Rabu
Masa: 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat: Bilik Bankuasi

Futsal Xtreme Piala Pengetua
Tarikh: 13, 14, 15 Mac 2009
Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
Masa: 5.00 - 7.00 petang
Tempat: Gelanggang Bola Keranjang KUO

p/s: Segala perkembangan program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.. tQ..   Tarikh Penting Xtreme-C

Perhatian!

Kepada semua ahli kelab Xtreme-C, TIADA mesyuarat kelab akan diadakan pada minggu ini.. Namun begitu, semua ahli kelab DIWAJIBKAN hadir ke event berikut:

Wacana Mahasiswa



Persatuan Mahasiswa Fakulti undang-Undang (PERUNDANG) akan mengadakan forum yang bertajuk

"Analisis Pemilihan Majlis Perwakilan PelajarUKM Sesi 2008/2009"

mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 10 Febuari 2008 (Selasa)
Masa: 8 - 10 malam
Tempat: Dewan Anwar Mahmud, FST


Ahli Panel:
1) Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman
Pensyarah Sains Politik FSSK, UKM

2) Saudara Mohamad Nasir Mohamed Nazri
Presiden PMUKM

3) Saudara Hisyamuddin Che Ali
MPP Kerusi Umum Tahun 3

4) Saudara Ahmad Deniel Roslan
Exco Penerangan dan Informasi PERUNDANG

Moderator: Prof. Madya Dr. Faridah Abdul Jalil (Pensyarah FUU, UKM)

p/s: kehadiran akan diambil, terima kasih..   Perhatian!

Next Meeting

Hari: Rabu
Tarikh: 4hb Februari 2009
Masa: 10.00 malam - 12.00 malam
Tempat: Bilik Bankuasi

Agenda Utama:

  • Annual Camping: Summary
  • Xtreme-3C Digital Fair
  • Karnival Sukan Xtreme
p/s: kepada yang belum menjelaskan bayaran baju (RM20.00), sila jelaskan pada malam ini.. baju boleh diambil mulai malam ini juga.. tQ..   Next Meeting

Annual Camping Moments



p/s: nak lagi gamba? mintak ng sape2 yg ade camera ari tu, ngee.. meh vote sape tido paling cun, ahahha..
  Annual Camping Moments

Summary: Annual Camping 2008/09: Gunung Tebu

Secara x formal..

Jumaat malam, dak2 sme berkumpul kat foyer.. mak aih, janji pas isyak turun kol 9.. tgk2 kol 10 malam pon x sme yang turun lagi, hampeh as always la kan, huahua.. dah la bas sampai sblm kol 9 lagi, adoyai, sib bek driver agak spotim.. takpe2, janji ade sme.. jam 10.30 malam, setelah bersusah payah di dalam foyer (bhg kumpulan, makanan, dsb), kesemua 47 org peserta (41 ahli 6 outsider) selamat bertolak ke besut, terengganu.. setelah hampir 10 minit perjalanan, akhirnya bas berenti kat petronas seksyen 15.. baru jalan dah brenti dah ehh.. sok sek sok sek, setengah jam jugak kat situ, ntah hape la yang dibuatnye kome sme ni ye, haha.. akhirnya selamat jugak la bertolak ke besut, bas ng kompidennye lalu kut gua musang.. vrooommm..

Setelah hampir 13 jam dalam bas (13 jam?! korg nek bas ke nek beskal??), akhirnya sme peserta selamat sampai di hutan lipur lata belatan, lam kol 11 pagi la.. cuaca alhamdulillah redup.. setelah sembang2 ng ranger kat c2 (taklimat), lepak2 jap, sak kok lu, kami bergerak ke tapak khemah yang terletak hampir 100 meter dari pintu masuk hutan lipur, fuh, hampir krem kami dibuatnya.. plan asal untuk camping di sg y terpakse debatalkan disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.. petang hinggalah ke malam, cuaca agak buruk, hujan turun x menentu daripada lebat ke x lebat hinggalah ke lebat nak mati.. disebabkan kebanyakan khemah dimasuki air hujan (al-maklumlah khemah mahal), peserta diberi kemudahan untuk tidur di hotel dan juga surau.. masing2 tido x hengat malam tu, hinggakan ade yg berdengkur sekuat 300 desibel, pergh..

esoknye tepat jam 8 pagi (tepat seyh, x sangke!), semua ahli bertolak untuk perjalanan ke puncak.. alhamdulillah cuaca pada pagi tu redup2.. peserta berjaya merentas 2 anak sungai sepanjang perjalanan namun tidak berjaya untuk mengambil gambar setiap 5 minit perjalanan disebabkan hujan mulai turun dengan tidak menentu.. walaupun hujan, semangat peserta untuk menawan puncak gunung tebu tidak pernah luntur (disebabkan masing2 memakai poncho rm2).. setelah hampir 6 jam perjalanan ke puncak, kesemua 46 org peserta (seorg x ikut, demam) berjaya sampai di puncak gunung tebu.. suasana di atas sane, perghh, x mampu untuk diceritakan di sini, nikmat hanya untuk yang merasa.. 2 peserta mengalami kekejangan disebabkan terlampau nikmat, hehe..

setelah makan tengahari di puncak, lepak2, amik gamba, sak kok lu, peserta mula bergerak turun kembali ke campsite.. hujan renyai2 menyertai kami di awal perjalanan, dan cuaca mula redup di pertengahan perjalanan.. alhamdulillah, jam 8 malam, kesemua peserta berjaya sampai di campsite hutan lipur lata belatan.. walaupun penat, masing2 berasa bangga dengan diri masing2 kerana berjaya mencapai matlamat menawan gunung tebu.. aktiviti malam itu diisi dengan sembang2 oleh senior2 dan juga alumni.. dan seperti yang dijangkakan, masing2 tido krah malam tu sehinggakan tahap berdengkur meningkat kepada 500 desibel..

esok pagi, setelah selesai sarapan, lepak2 ng sak kok lu, aktiviti sukaneka diisi untuk semua peserta oleh para ajk.. masing2 men smpai x hengat, sehinggalah berlaku nye kejadian yang x diingini tersebut (rahsie, wahaha).. namun begitu, alhamdulillah, beliau selamat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.. walaupun semangat sukaneka para peserta telah luntur dek kejadian tersebut, aktiviti tetap disambung sehinggalah ke petang.. dekat2 jam 5 petang, setelah semua selesai makan tengahari, mengemas khemah, dapur dsb, peserta mula bertolak pulang ke UKM melalui jalan pantai (kemaman - highway lpt).. tepat jam 6 pagi, semua peserta selamat tiba di UKM..   Summary: Annual Camping 2008/09: Gunung Tebu

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341