Blog Widget by LinkWithin

Kenangan Saya Sayang Kelab


Agak lama tidak berjumpa dengan ahli kelab, tidak kah anda berasa rindu?
Tepuk dada, tanya hati dan perasaan masing-masing. Dengan blog kita ini lah yang boleh mengurangkan sikit rindu kerana lama tidak berjumpa.Perjalanan untuk semester ini dah semakin singkat, cuba anda kenang kembali kenangan bersama sepanjang semester ini. Ingat kembali perjalanan aktiviti kelab sejak dari awal semester. Ingat lagi meeting pertama kelab untuk semester ini? masihkah ingat Annual Camping di Gunung Tebu yang mana kita tengok ramai yang berjaya menawan gunung tebu, dan juga waktu bersama alumni ketika bercamping. Selepas itu diadakan Hari keluarga Xtreme-C yang mana explorer tahap gaban diadakan, ramai yang pancit tapi digagahi juga semangat untuk teruskan hari keluarga kita bersama, masa ini juga tidak kira alumni, senior, junior dapat merapatkan lagi hubungan bersama. ada yang makan burger belacan, telur dan macam-macam lagi. Dan tidak lupa juga Karnival Sukan XtremeC yang penuh warna warni, ingat lagi pada gerai kita? pasukan wood ball kita? Martabak Megi kita? Memang seronok kan bila diingat kembali?Ingat lagi main boling kat metropoint? masa tu la motor Saleh ngada-ngada bocor, dan ketika itu lah perasaan sayang ahli kelab yang lain ditunjukkan apabila lebih kurang 5,6 orang tunggu Saleh baiki motor malam tu takut saleh diculik. Ingat kah lagi bermain futsal di Sport Plenat? ketika ini lah kita sama-sama lepak di mapley sampai lebam pungung bersama-sama. Dan tak lupa juga perletakan jawatan saudara Khairul Anwar yang memegang jawatan Exco kerohanian yang tak sampai sebulan kerana beliau mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Inilah mungkin rekod jawatan yang paling singkat yang pernah disandang dalam kelab. Walaupun sekejap, jutaan terima kasih juga diucapkan. Dan banyak lagi kenangan rasmi, tidak rasmi, langsung dan tidak langsung yang tidak terungkap. Kenangan tinggal kenangan. Semester ini jugalah kita lihat berlaku peralihan tampuk pemerintahan kelab pada AGM yang lepas. Maka MT yang baru akan menanggung tanggungjawab yang besar untuk meneruskan kesinambungan percapaian cemerlang kelab. Terasa kejap je masa berlalu, dan kejapnya kita bersama. Apa perasaan anda kepada kelab? makin sayang? makin cinta atau tak tahu rasa apa-apa. Marila sama-sama kita mengingat, mengenang kembali saat bersama, pada masa yang sama jadikan kenangan itu sebagai pemangkin untuk mengeratkan silaturahim antara kita dan menguatkan lagi perasaan sayangkan kelab seterusnya merealisasikan moto kelab "Espirit De Corps" iaitu semangat setia kawan.
Sekian.



"Esprit De Corps"

  Kenangan Saya Sayang Kelab

Recent Comments