Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin

Break..

Kepada semua ahli xtreme-c yang disayangi, Mr.X amat2 memohon maap kerana tidak dapat mengupdatekan blog ini buat masa sekarang.. al maklumlah, sekarang ni kan sedang cuti midsem.. Connection yg Mr.X ade pon sekadar cukup untuk menulis post..

InsyaAllah lepas balik cuti nanti Mr.X akan update blog ini dengan perkembangan2 terkini kelab xtreme-c termasuklah laporan annual camping 2008/2009, next meeting dan bermacam2 lagi..
harap semua ahli dapat bersabar..

selamat bercuti.. :)   Break..

Baju Hujan Untuk Dijual














Baju hujan sesuai untuk kegunaan di Gunung Tebu. Mudah, boleh digunakan acap kali dan sesuai untuk apa jua saiz badan (dari XXXL hinggalah ke S). Hanya RM2.00! Cepat! Sementara stok masih ada.

p/s: Terhad kepada 20 pembeli terawal sahaja.   Baju Hujan Untuk Dijual

Next Meeting

Tarikh: 22hb Januari 2009
Masa: 10.00 malam - 12.00 malam
Tempat: Bilik Bankuasi

p/s: Mesyuarat untuk ahli-ahli yang menyertai annual camping sahaja. kepada yg belum menjelaskan bayaran, diwajibkan untuk menjelaskannya pada hari ini. kerjasama anda amatlah dihargai. tQ..   Next Meeting

Annual Camping 2008/2009: Gunung Tebu

Tarikh: 23 - 27 Januari 2009
Hari: Jumaat - Selasa
Tempat: Gunung Tebu, Terengganu
Bayaran: RM90.00
Jumlah Peserta: 50 Orang
Info: Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,037 meter dari paras laut. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara. Pengunjung dapat menyaksikan pemandangan indah gugusan pulau zamrud Terengganu termasuk Pulau Perhentian dan Pulau Redang, daratan yang bertaburan di Laut China Selatan

Tentatif Program

23hb Januari 2009 (Jumaat)

9.00 mlm - Berkumpul di foyer KUO, pembahagian barang2 dan kumpulan
9.30 mlm - Bertolak ke Gunung Tebu, Jertih, Besut, Terengganu

24hb Januari 2009 (Sabtu)

6.30 pg - Dijangka tiba di Hutan Lipur Lata Belatan, persiapan diri, dll
8.30 pg - Taklimat mendaki, bertolak ke campsite
12.30 tghari - Dijangka tiba di campsite, rehat, makan tengahari, dll
3.30 ptg - Aktiviti 1
6.00 ptg - Persiapan diri, makan malam, dll
9.00 mlm - Aktiviti 2
11.00 mlm - Minum malam, tidur

25hb Januari 2009 (Ahad)

6.30 pg - Solat subuh, persiapan diri, sarapan, dll
8.30 pg - Bertolak ke puncak Gunung Tebu
11.00 pg - Dijangka tiba di puncak Gunung Tebu
1.00 ptg - Bertolak turun ke campsite
4.00 ptg - Dijangka tiba di campsite, persiapan diri, makan malam, dll
9.00 mlm - Aktiviti 3
11.00 mlm - Minum malam, tidur

26hb Januari 2009 (Isnin)

6.30 pg - Solat subuh, persiapan diri, sarapan, dll
9.00 pg - Aktiviti 4
11.30 pg - Persiapan diri, makan tengahari, dll
1.30 ptg - Bertolak turun ke kaki gunung (Hutan Lipur Lata Belatan)
5.00 ptg - Dijangka tiba di Hutan Lipur Lata Belatan, rehat
8.00 mlm - Bertolak pulang ke UKM

27hb Januari 2009 (Selasa)

4.30 pg - Dijangka tiba di UKM
______________________________

p/s: sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada ketua program Ali di talian 017-6634564
  Annual Camping 2008/2009: Gunung Tebu

Next Meeting

Tarikh: 19hb Januari 2009
Hari: Isnin
Masa: 10.00 malam - 12.00 malam
Tempat: Bilik Bankuasi

Agenda Utama:

  1. Pilihanraya Kampus
  2. Perkhemahan Tahunan
p/s: Sila bawa bersama duit baju (RM20.00) dan duit camping (RM90.00). Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih..   Next Meeting

Design Baju Xtreme-C 2008/2009

[Click to enlarge]

Harga: RM20.00

Credit to: Saleh & Akmal + sesiapa yg terlibat secara langsung atau tidak..

Komen anda?   Design Baju Xtreme-C 2008/2009

Keputusan Pemilihan MPP UKM 2009

Keputusan rasmi telah dikeluarkan dan ASPIRASI telah berjaya memenangi 21 kerusi manakala GABUNGAN MAHASISWA telah memenangi 11 kerusi dengan jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan adalah 33 (kerusi FKAB/3 masih lagi kosong). Syabas diucapkan kepada calon-calon yang berjaya, dan bagi yang kurang bernasib baik syabas juga diucapkan kerana telah berusaha bersungguh-sungguh.

Keputusan penuh pilihanraya kampus UKM 2009:
http://202.185.40.29/undi/su000keputusan.cfm#F2.11

Kepada semua jentera pilihanraya KUO yang kebanyakannya terdiri daripada ahli kelab Xtreme-C, syabas dan tahniah diucapkan atas segala usaha anda untuk memastikan pilihanraya kampus pada tahun ini berjalan dengan lancar. Semoga pada tahun-tahun akan datang, ahli kelab dapat memberikan lebih komitmen kepada pilihanraya kampus agar ianya dapat dijalankan tanpa sebarang kekecohan.

  Keputusan Pemilihan MPP UKM 2009

Salam..

Setelah sekian lama menanti, akhirnya tertubuhlah 1 blog untuk Xtreme-C.. Di dalam blog ini, Mr. X akan cuba untuk memastikan segala perkembangan kelab Xtreme-C sentiasa di update dari semasa ke semasa untuk kemudahan semua ahli serta alumni..

Dengan adanya blog ini, diharap semua ahli Xtreme-C akan lebih komited terhadap kelab dan apa-apa saja maklumat dapat disampaikan dengan jelas kepada semua ahli..

Salam blogging..   Salam..

All Time

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket






Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Budak-budak Xtreme-C

Photobucket


Photobucket

Photobucket
"Esprit De Corps"
  All Time



 

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341