Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin

Summary: Annual Camping 2008/09: Gunung Tebu

Secara x formal..

Jumaat malam, dak2 sme berkumpul kat foyer.. mak aih, janji pas isyak turun kol 9.. tgk2 kol 10 malam pon x sme yang turun lagi, hampeh as always la kan, huahua.. dah la bas sampai sblm kol 9 lagi, adoyai, sib bek driver agak spotim.. takpe2, janji ade sme.. jam 10.30 malam, setelah bersusah payah di dalam foyer (bhg kumpulan, makanan, dsb), kesemua 47 org peserta (41 ahli 6 outsider) selamat bertolak ke besut, terengganu.. setelah hampir 10 minit perjalanan, akhirnya bas berenti kat petronas seksyen 15.. baru jalan dah brenti dah ehh.. sok sek sok sek, setengah jam jugak kat situ, ntah hape la yang dibuatnye kome sme ni ye, haha.. akhirnya selamat jugak la bertolak ke besut, bas ng kompidennye lalu kut gua musang.. vrooommm..

Setelah hampir 13 jam dalam bas (13 jam?! korg nek bas ke nek beskal??), akhirnya sme peserta selamat sampai di hutan lipur lata belatan, lam kol 11 pagi la.. cuaca alhamdulillah redup.. setelah sembang2 ng ranger kat c2 (taklimat), lepak2 jap, sak kok lu, kami bergerak ke tapak khemah yang terletak hampir 100 meter dari pintu masuk hutan lipur, fuh, hampir krem kami dibuatnya.. plan asal untuk camping di sg y terpakse debatalkan disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.. petang hinggalah ke malam, cuaca agak buruk, hujan turun x menentu daripada lebat ke x lebat hinggalah ke lebat nak mati.. disebabkan kebanyakan khemah dimasuki air hujan (al-maklumlah khemah mahal), peserta diberi kemudahan untuk tidur di hotel dan juga surau.. masing2 tido x hengat malam tu, hinggakan ade yg berdengkur sekuat 300 desibel, pergh..

esoknye tepat jam 8 pagi (tepat seyh, x sangke!), semua ahli bertolak untuk perjalanan ke puncak.. alhamdulillah cuaca pada pagi tu redup2.. peserta berjaya merentas 2 anak sungai sepanjang perjalanan namun tidak berjaya untuk mengambil gambar setiap 5 minit perjalanan disebabkan hujan mulai turun dengan tidak menentu.. walaupun hujan, semangat peserta untuk menawan puncak gunung tebu tidak pernah luntur (disebabkan masing2 memakai poncho rm2).. setelah hampir 6 jam perjalanan ke puncak, kesemua 46 org peserta (seorg x ikut, demam) berjaya sampai di puncak gunung tebu.. suasana di atas sane, perghh, x mampu untuk diceritakan di sini, nikmat hanya untuk yang merasa.. 2 peserta mengalami kekejangan disebabkan terlampau nikmat, hehe..

setelah makan tengahari di puncak, lepak2, amik gamba, sak kok lu, peserta mula bergerak turun kembali ke campsite.. hujan renyai2 menyertai kami di awal perjalanan, dan cuaca mula redup di pertengahan perjalanan.. alhamdulillah, jam 8 malam, kesemua peserta berjaya sampai di campsite hutan lipur lata belatan.. walaupun penat, masing2 berasa bangga dengan diri masing2 kerana berjaya mencapai matlamat menawan gunung tebu.. aktiviti malam itu diisi dengan sembang2 oleh senior2 dan juga alumni.. dan seperti yang dijangkakan, masing2 tido krah malam tu sehinggakan tahap berdengkur meningkat kepada 500 desibel..

esok pagi, setelah selesai sarapan, lepak2 ng sak kok lu, aktiviti sukaneka diisi untuk semua peserta oleh para ajk.. masing2 men smpai x hengat, sehinggalah berlaku nye kejadian yang x diingini tersebut (rahsie, wahaha).. namun begitu, alhamdulillah, beliau selamat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.. walaupun semangat sukaneka para peserta telah luntur dek kejadian tersebut, aktiviti tetap disambung sehinggalah ke petang.. dekat2 jam 5 petang, setelah semua selesai makan tengahari, mengemas khemah, dapur dsb, peserta mula bertolak pulang ke UKM melalui jalan pantai (kemaman - highway lpt).. tepat jam 6 pagi, semua peserta selamat tiba di UKM..   Summary: Annual Camping 2008/09: Gunung Tebu

1 ahli berkata2:

  Anonymous

February 6, 2009 at 1:13 PM

Tahniah diucapkan kepada semua ahli xtreme-c, semangat anda tetap mantap, teruskan perjuangan.. esprit de corps..

p/s: kpd yg x pegi, thanks jugak sbb always support kelab..

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341