Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin

Jamuan Raya Xtreme-C 2009



Pada 8/10/2009 Kelab Xtreme-C telah menganjurkan Jamuan Raya Xtreme-C di Bilik Bankuasi pada jam 10.00 malam. Jamuan ini merupakan acara yang julung-julung kali diadakan & diadakan khas untuk semua ahli keluarga Xtreme-C. Sambutan pada malam itu amat mengalakkan dengan hampir semua hadirin yang datang memakai baju raya sempena bulan syawal yang masih ada ini.

Juadah utama pada malam itu ialah Nasi Lemak dan ditambah dengan pelbagai kuih raya & kerepek2 yang dibawa oleh ahli-ahli Xtreme (Sampai tak terabis makan~). Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh MC kita iaitu abang Maliki. Seterusnya majlis telah menjemput YDP kita untuk menyampaikan amanat dan ucapan hari rayanya kepada semua warga kelab. Then sampailah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masa untuk menjamu selera, tapi sebelum itu bacaan doa telah dipimpin oleh Syahid.

Majlis juga diserikan dengan alunan lagu raya, walaupun dah 3 minggu raya namun kehangatan sambutan syawal itu masih terus terasa. Sambil2 makan kamera Mr.X meliar2 merakam pelbagai aksi ahli kelab yang tampak gembira dengan majlis malam itu. Secara keseruluhannya majlis berjalan dengan lancar dan berjaya. Semoga di hari raya akan datang majlis seperti ini akan dijalankan dengan lebih besar-besaran lagi. Sekian terima kasih.

"Esprit De Corps"
  Jamuan Raya Xtreme-C 2009

8 ahli berkata2:

  Brekpit

October 9, 2009 at 11:18 PM

nok g gok, wuwuu, jeles..

  Anonymous

October 10, 2009 at 12:03 AM

ces ko lmbat r mar..

  usop santorian

October 10, 2009 at 2:06 AM

saleh sumer kuih di balun...org lain tak sempat mkn pun..huhu

  Anonymous

October 10, 2009 at 2:08 AM

haha ces.. nasi pon aq takle nak masuk dlm perut aq ape lg kueh.. haha.. haha ko tader r mar.. tu maliki syp je mlm tu.. haha

  John

October 10, 2009 at 2:11 AM

yer ar tuh saleh..aku rase nasik sumer ko masuk kan dalam perut ko..pastu kuih,pastu air batu..kahkahkah

sape buat post ni..pangil aku abg la pulak..hahahha

  Anonymous

October 10, 2009 at 2:15 AM

haha qi ko kalo tak carik gado ngan aq x sah.. haha

  usop santorian

October 10, 2009 at 12:35 PM

bergurau senda di hari raya leh:-)
hahaha

  Anonymous

October 10, 2009 at 12:38 PM

haha.. ni da kire penderaan jiwe.. haha ngok ngok..

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341