Salam to all,
Seperti mana yang kita tahu, pada tarikh 18/02/2010 (Khamis) sampai 21/02/2010 (Ahad) yang lepas, annual camping kelab telah dijalankan. Seramai 37 peserta yang terdiri daripada ahli first year sampai lah alumni.
18/02/2010 (Khamis)
Nampak gayanya annual camping kali ni terpaksa dibuat pada hujung minggu cuti raya cina disebabkan oleh pelbagai masalah yang menimpa. Oklah, pada hari khamis malam, semua peserta telah berkumpul di foyer KUO, pelbagai kelengkapan camping telah disediakan dengan mantapnya. Pada ketika itu, semua peserta telah menunjukan semangat Esprit De Corps pabila bekerjasama untuk persiapan terakhir sebelum bertolak ke Berembun, Dungun. Terima kasih kepada mereka yang balik awal2 lagi.
Tepat jam kul 11.30 p.m lebih kurang, dengan rasa semangat, semua peserta bertolak menuju ke destinasi seperti yang dirancang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam termasuk berhenti berehat dan sak kok lu.
19/02/2010 (Jumaat)
Lega terasa dihati bila sampai di sana dalam pukul 8 pagi. Seperti biasa taklimat ringkas daripada RGS dan Guide jabatan hutan di sana diadakan. Lebih kurang pukul 9 pagi, perjalanan menuju ke puncak bermula.

Lebih kurang pukul 1 petang lebih2 sikit, semua peserta telah sampai di Kem Balak dekat sungai Y. Keadaan di situ amat sesuai sekali untuk beristirehat dan masak memasak. Masing2 telah mengambil peluang untuk berehat, makan bersama, solat dan sebagainya. Seperti biasa, coklat memang menjadi bahan utama untuk di pelahapkan sama2. Itu lah semangat kekeluargaan yang kita mahu.
Nampaknya perjalanan semakin jauh lagi, oleh kerana masalah masa yang lari sikit, ada sedikit perubahan plan. Dari kem Balak, peserta akan menuju terus ke Puncak Berembun lebih kurang jam 4 petang. Walaupun masing2 dah penat,letih dan ada yang kejang otot. Tapi dari segi psychology masih utuh dengan motto Teguh Setia Bersatu!

Oh penat tidak terkata bila sampai di taman Bonsai. Sumer pancit, kaki, tangan dan yang pastinya perut. Lebih kurang kul 7 petang bersamaan 3 jam perjalanan, alhamdulilah dengan perasaan nikmat peserta2 telah sampai di puncak Berembun!
Perasaan gembira, terharu, sayu bercampur bila berada di atas. Masing2 telah gelak sakan kerana gembira yang amat sangat dicampur pulak ada kamera untuk diambil gambar. Segala posing ada, yang peliknya yang letih bertukar kuat bila bergambar. Kekeke. Itulah keunikan kelab xtremec!Tahniah dan syabas diucapkan! Terutama sekali pada first yang pertama kali mengikuti camping bersama kelab XtremeC yang disayangi.


19/02/2010 (Sabtu)
Sinar pagi di kem lansir amat indah sekali, semangat peserta makin kuat untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Sarapan pagi disediakan dengan amat teliti sekali oleh chef2 yang berpengalaman. Pada hari ketiga ini, peserta mengambil peluang mandi di sungai dan air terjun di kem Langsir. Ada juga yang tidak melepaskan peluang meninggalkan pisang masak berwarna kuning dengan gembiranya. Pemandangan yang amat mengujakan peserta semua.




Selepas sarapan dan makan tengahari, perjalanan camping seterusnya bermula. Pada lebih kurang pukul 12 tengah hari, peserta bersia sedia menurun kan khemah untuk ke kem Balak. Macam biasa, taklimat ringkas diberikan oleh Guide jabatan hutan. Dan untuk melancarkan perjalanan, peserta perempuan berada di barisan hadapan diikuti dengan peserta lelaki di belakang.


Tepat jam 1.30 petang, peserta memulakan perjalanan yang dianggarkan mengambil masa 4 jam ke kem Balak. Kem Balak adalah tempat yang peserta memasak semasa hari sebelumnya. Keadaan trek yang turun naik amat mencabar mental peserta. Peserta juga perlu melalui beberapa batang sungai sebelum ke kem Balak. Lebih kurang pukul 5.30 petang, alhamdulilah semua peserta sampai ke kem Balak dengan jayanya. Ini adalah tapak perkhemahan kedua untuk annual camping kali ini. Sampai sahaja disana, peserta lelaki sibuk menaik kan khemah, manakala peserta perempuan sibuk memasak untuk makan malam.




Suasana malam kembali menjelma, masing2 mengambil peluang membersihkan diri untuk aktiviti seterusnya. Selesai sudah makan malam, tepat jam 9 malam, beberapa game untuk mengeratkan silaturahim antara peserta kelab diadakan iaitu “choki choki cha cha cha” dan “lagu burung atas batang”. Terima kasih pada AJK program kerana dapat menghiburkan hati peserta pada malam tersebut.

Malang tidak berbau, pada malam tersebut, salah seorang ahli kelab kita iaitu saudari syud telah mengalami kekejangan otot. Dengan semangat kekeluargaan, masing2 telah menolong dengan sayangnya. Terima kasih pada mereka yang terlibat. Pada jam 12.45 pagi perjalanan aktiviti malam tersebut disambung lagi di tepi unggu api kerana kesejukan yang melampau di tepi sungai. Setiap peserta daripada first year menunjukan respon yang baik tentang asal usul kelab. Terima kasih diucapkan. Lebih kurang pukul 3 pagi, semua aktiviti pada malam tersebut selesai dengan jayanya. Semua peserta masuk tidur nyeyak dalam khemah masing2.
20/02/2010 (Ahad)
Pada hari terakhir perkhemahan, masing2 menunjukan wajah yang ceria dan bersemngat walaupun sedih kerana program dah nak habis. Macam biasa, sarapan pagi disediakan oleh chef2 kelab yang berpengalaman. Tapi perjalanan pulang masih belum selesai, dari kem Balak ke kaki gunung amat mencabar walaupun tak susah seperti trek sebelum ni. Lebih kurang bertolak dari pukul 11 pagi, perjalanan mengambil masa 4 jam. Majoriti peserta tiba di kawasan kaki bukit lebih kurang pukul 3 petang. Oleh kerana bas pukul 5 petang, setiap peserta mengambil peluang untuk berehat, mandi, sembahyang dan lepak2 sak ko lu bersama-sama.


Lebih kurang pukul 5.30, bas UKM sampai untuk perjalanan balik ke UKM. Dengan perasaan sayu, setiap peserta meninggalkan kaki gunung Berembun. Perjalanan ke UKM yang mengambil masa lebih kurang 7 jam memang meletihkan peserta. Dalam pukul 11.30 malam, semua peserta selamat tiba di UKM. Alhamdulilah semua peserta selamat sampai.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka2 yang pergi, dan tak lupa juga yang sentiasa support kelab selamanya. Hidupkan semangat Esprit De Corps dan motto Teguh Setia Bersatu!
"Esprit De Corps"

3 ahli berkata2:
March 1, 2010 at 3:12 AM
smart ar karangan ni:-)
November 8, 2010 at 1:01 PM
salam..seronok bila baca laporan Annual Camping nie..especially bila bebudak U yg organise. atleast dapat membina mental anak bangsa kita supaya lebih kuat. sy sendiri hiker n pernah naek G.Berembun nie beberapa kali..memang seronok n menarik pemandangannye. tapi apa yang menyedihkan, apabila tiba je kt camp site x kiralah kem balak ataupun lata lasir,di samping pemandangan menarik kawasan tu...turut ditambah dengan sampah sarap sisa2 yang sukar dilupuskan. semakin lama semakin banyak sehingga menyebabkan kawasan tersebut bertukar seperti tong sampah. Apa yang dikesalkan disini ialah sikap org kita yg terlalu gah nak menawan sesuatu puncak tapi malas untuk memastikan kawasan tersebut kekal seperti asalnya. kenapa perangai bodoh sombong ini mesti ada pd diri kita especially kita2 yg semuanya belajar tinggi dan datang membawa nama U. Komen sy disini bukanlah untuk menuduh persatuan mana2 tapi dari info2 yg didengar dari kaki2 hiking, mereka2 dikalangan budak2 U yg suke buat perkara ini. kalu ada diantara ahli persatuan nie yg terlibat..sedar2 la. gunung tu memang tinggi n kalau kita naek skali pastu tinggalkan sampah2 kat atas tu mmg x jd masalah kita skarang..tapi akan datang pasti x akan ada lg gunung kat Malaysia nie yg puncaknya bersih dan pastinya sungai1 kita x bleh digunakan lagi sebab sampah2 nie buat tikus2 datang n mula la virus dari kencing tikus..mungkin x kena pada kita..tapi mungkin adek2 kita, anak2 kita, sedara2 kita..atau org x bersalah yg x pernah buang sampah kt atas tuh..
March 6, 2012 at 10:24 AM
gile sdih bace :(
Post a Comment