Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin

Meeting Seterusnya (30/12/2009)



Tarikh :
30 Disember 2009

Hari :
Rabu

Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 10.45 p.m



p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  Meeting Seterusnya (30/12/2009)

Perjumpaan Khas Pendakian Ledang (22/12/2009)

Perjumpaan Khas Pendakian Ledang

  • Tarikh : 22 Disember 2009
  • Hari : Selasa
  • Tempat : Bilik Bankuasi, Kolej Ungku Omar, UKM
  • Masa : 9.30 p.m
Beberapa perkara penting akan dimaklumkan kepada peserta dalam taklimat ini, oleh itu semua peserta wajib hadir. Sila bawa bersama yuran program ini. Deposit RM 50 wajib dijelaskan pada taklimat ini.


"Esprit De Corps"
  Perjumpaan Khas Pendakian Ledang (22/12/2009)

Meeting Seterusnya (21/12/2009)



Tarikh : 21 Disember 2009

Hari :
Isnin

Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 10.00 p.m

Pada mereka yang belum membayar yuran interaksi, wajib bayar malam ini (RM 15). Kutipan untuk Program Jalinan Ekspedisi Ledang '09 juga akan diakan pada malam ni (RM 80).



p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  Meeting Seterusnya (21/12/2009)

Tentatif Program Jalinan Ekspedisi Ledang '09

Assalamualaikum,

Seperti mana yang kita rancang, pada 25/12/2009 - 27/12/2009 akan diadakan satu program jalinan ekspedisi Ledang '09. Kepada peserta yang berminat bolehlah memberi nama kepada Syahid (
013-6513514) secepat mungkin. Confirmation penyertaan anda haruslah dibuat sebelum 18/12/2009 dengan memaklumkan kepada Syahid (013-6513514). Beberapa perkara penting akan dimaklumkan kepada peserta, oleh itu satu perjumpaan khas sebelum pendakian akan diadakan. Maklumat terperinci perjumpaan khas ini adalah seperti berikut :

Perjumpaan Khas Pendakian Ledang

  • Tarikh : 22 Disember 2009
  • Hari : Selasa
  • Tempat : Bilik Bankuasi, Kolej Ungku Omar, UKM
  • Masa : 9.00 p.m

Tentatif program adalah seperti berikut :

Program Jalinan Ekspedisi Ledang '09

25 dis 09 (JUMAAT)


08:00 a.m : Peserta Berkumpul Di Foyer Kolej Ungku Omar, UKM

09:00 a.m : Bertolak
12:00 p.m : Taklimat Program/Dirikan khemah
01:00 p.m : Makan Tengahhari/Solat
03:00 p.m : Abseiling Air
05:00 p.m : Minum Petang
05:30 p.m : Abseling Air(sambung)/Riadah
07:00 p.m : Makan Malam/Persiapan Diri/Solat
09:00 p.m : LDK 1/Taklimat Mendaki
11:00 p.m : Minum Malam
11:30 p.m : Tidur

26 dis 09 (SABTU)

06:00 a.m : Persiapan Diri/Solat/Sarapan

07:00 a.m : Senaman Seterusnya Naik ke puncak
12:00 p.m : Sampai Ke Puncak/Makan/Sesi begambar
01:00 p.m : Bergerak Turun ke Tapak Perkhemahan
06:00 p.m : Sampai ke Tapak Perkhemahan / Minum petang
07:00 p.m : Persiapan Diri/Solat/ Makan
09:00 p.m : LDK 2
11:00 p.m : Minum Malam
11:30 p.m : Tidur

27 dis 09 (AHAD)


06:00 a.m : Persiapan Diri/Solat

07:00 a.m : Sarapan/Riadah pagi
08:00 a.m : LDK 3/Sukaneka
10:30 a.m : Post Moterm
11:00 a.m : Makan/Bersedia Untuk Pulang
12:00 p.m :Bertolak Pulang ke UKM
03:00 p.m : Dijangka Tiba Di UKM

Ditekankan sekali lagi, confirmation penyertaan peserta perlu dibuat sebelum 18/12/2009. Manakala perjumpaan khas akan diadakan pada 22/12/2009.

"Esprit De Corps"
  Tentatif Program Jalinan Ekspedisi Ledang '09

Program Jalinan Ekspedisi Ledang '09

Satu program jalinan ekspedisi Ledang '09 akan diadakan pada 25-27 Disember 2009 bertempat di Gunung Ledang, Johor. Yuran penyertaan adalah RM 80. Maka dengan itu penyertaan program ini dibuka kepada semua warga UKM dan orang luar. Program ini bertujuan untuk mendedahkan lagi aktiviti luar kepada ahli kelab dan juga orang perseorangan yang berminat untuk mengikuti bersama. Aktara aktiviti yang akan dibuat diantaranya abseiling, trekking, rock climbing dan sebagainya.





Sedikit Info tentang Gunung Ledang:

G.jpg picture by maliki7776

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia.
Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.
gunungledang.jpg gunung ledang picture by maliki7776

Untuk segala pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Syahid (013-6513514)

"Esprit De Corps"
  Program Jalinan Ekspedisi Ledang '09

Majlis Pelancaran Logo ASPIRASI UKM

Bagi memeriahkan kempen pilihanraya kampus yang akan bermula pada Januari 2010, satu Majlis Pelancaran Logo Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia akan diadakan. Ketetapan majlis adalah seperti berikut :
Tarikh : 18 October 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Panggung Seni, UKM

Oleh itu, semua ahli Kelab Xtreme WAJIB hadirkan diri untuk ke majlis ini. Kepada Penghuni Kolej Ungku Omar dijemput juga untuk memeriahkan lg majlis. Jamuan ringan disediakan selepas selesai sahaja majlis.

Oleh demikian, anda semua diminta untuk berkumpul di gelanggang bola keranjang pada jam 7.45 malam ini.

Kerjasama anda amatlah dihargai..
Sekian, terima kasih


"Esprit De Corps"
  Majlis Pelancaran Logo ASPIRASI UKM

Meeting Seterusnya (15/10/2009)

Tarikh : 15 Oktober 2009
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 10.00 p.m



p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  Meeting Seterusnya (15/10/2009)

Jamuan Raya Xtreme-C 2009



Pada 8/10/2009 Kelab Xtreme-C telah menganjurkan Jamuan Raya Xtreme-C di Bilik Bankuasi pada jam 10.00 malam. Jamuan ini merupakan acara yang julung-julung kali diadakan & diadakan khas untuk semua ahli keluarga Xtreme-C. Sambutan pada malam itu amat mengalakkan dengan hampir semua hadirin yang datang memakai baju raya sempena bulan syawal yang masih ada ini.

Juadah utama pada malam itu ialah Nasi Lemak dan ditambah dengan pelbagai kuih raya & kerepek2 yang dibawa oleh ahli-ahli Xtreme (Sampai tak terabis makan~). Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh MC kita iaitu abang Maliki. Seterusnya majlis telah menjemput YDP kita untuk menyampaikan amanat dan ucapan hari rayanya kepada semua warga kelab. Then sampailah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masa untuk menjamu selera, tapi sebelum itu bacaan doa telah dipimpin oleh Syahid.

Majlis juga diserikan dengan alunan lagu raya, walaupun dah 3 minggu raya namun kehangatan sambutan syawal itu masih terus terasa. Sambil2 makan kamera Mr.X meliar2 merakam pelbagai aksi ahli kelab yang tampak gembira dengan majlis malam itu. Secara keseruluhannya majlis berjalan dengan lancar dan berjaya. Semoga di hari raya akan datang majlis seperti ini akan dijalankan dengan lebih besar-besaran lagi. Sekian terima kasih.

"Esprit De Corps"
  Jamuan Raya Xtreme-C 2009

Jamuan Hari Raya Xtreme-C Ditangguh 8/10/2009

Satu Jamuan Hari Raya Xtreme-C akan diadakan pada butiran berikut

Tarikh : 8 Oktober 2009
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Bankuasi
Masa : 10.00 Malam

Semua Ahli dijemput hadir untuk memeriahkan jamuan Hari Raya kita pada malam tersebut. Semua ahli diminta untuk membawa kuih raya dari bilik masing-masing.

p/s : sila tepati masa

Kehadiran adalah wajib !!!

"Esprit De Corps"
  Jamuan Hari Raya Xtreme-C Ditangguh 8/10/2009

Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal Faizin

Photobucket

Salam,


Sempena kedatangan bulan syawal ini, pihak XtremeC mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua warga XtremeC.


Kesempatan ini juga pihak MT memohon beribu kemaafan atas segala salah dan silap. Terima kasih juga diucapkan atas segala sokongan anda kepada kelab selama ini.


Diberi peringatan sekali lagi, satu jamuan hari raya akan diadakan selepas cuti raya, semua warga XtremeC dengan sukacitanya dijemput membawa kuih muih untuk jamuan tersebut =)



"Esprit De Corps"
  Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal Faizin

Agenda Meeting 10/09/2009

Photobucket

Salam,

Pertama sekali pihak MT mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda semua. Mohon maaf juga diucapkan atas kesilapan teknikal tentang waktu meeting. Jika berlaku kekeliruan, sila rujuk ke blog rasmi ini untuk kepastian.

Seperti mana yang kita ketahui, meeting pada kali ini adalah meeting terakhir sebelum raya, oleh itu pihak MT mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin pada semua.

Minit mesyuarat adalah seperti berikut:
  • Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis sahur dan berbuka.
  • Kepada sesiapa yang berbakat dalam penulisan artikel, bolehlah bagitahu pada Mr.X. untuk artikel anda dipost dalam blog ini.
  • Kepada sesiapa yang ada kreativiti dan berbakat besar dalam mereka bentuk baju kelab, boleh tonjolkan idea tersebut dan akan dibandingkan dengan design yang sedia ada.
  • Sila jelaskan yuran interaksi RM 15 pada mereka yang belum bayar.
  • Jika tiada aral yang melintang, sambutan hari raya pada peringkat kelab akan dibuat selepas raya pada tarikh 01/10/2009. Sila bawa kuih raya yang lebih dari rumah. Sambutan hari raya pada peringkat kolej adalah 10/10/2009. Kelab Xtreme-C terlibat secara langsung.
  • Ucapan hari raya dan isu-isu semasa.
Segala urusan yang berkaitan bolehlah email pada xtremeckuo[@]gmail.com atau hubungi 013-2778304 (Maliki).

"Esprit De Corps"
  Agenda Meeting 10/09/2009

Meeting Seterusnya (10/09/2009)

Tarikh : 10 September 2009
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 10.30 p.m



p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  Meeting Seterusnya (10/09/2009)

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

Photobucket

Khas untuk semua warga Xtreme-C, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.
Semoga semangat patriotik terus mekar dilubuk jati diri anda.


"Esprit De Corps"
  Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

Majlis Sahur Dan Berbuka Puasa


Salam,
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, Kelab akan menganjurkan majlis sahur dan berbuka bersama di cafe kolej. Perincian majlis seperti di bawah:

Tarikh :
02/09/2009 (Rabu)
Masa :
Sahur ; 3.30 a.m
Buka Puasa ; 7.00 p.m
Tempat :
Cafe Kolej Ungku Omar

p/s: nak mkn lebih, bawak duit sendiri.haha=)


"Esprit De Corps"
  Majlis Sahur Dan Berbuka Puasa

MEETING SETERUSNYA (27/08/2009)

Tarikh : 27Ogos 2009
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Bankuasi

Masa : 10.00 p.m



p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!



"Esprit De Corps"
  MEETING SETERUSNYA (27/08/2009)

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Photobucket


Selamat menyambut Ramadhan kepada semua warga xtreme-c, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan segala kudrat yang ada dimanfaatkan untuk pengabdian kepada Allah. Semoga Allah memudahkan kita semua beribadah kepadanya.


p/s: Mr.X arapkn sumer akan pose penuh tak kire laki or pempuan..haha =)

"Esprit De Corps"
  Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

TAKZIAH

Salam,

Berita yang baru diterima.
Takziah diucapkan kepada saudara Abe (senior second year)atas pemergian ayahandanya ke rahmattullah. Pada saudara Abe, tabah dan kuatkan semangat untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.
Marilah kita semua sebagai satu keluarga menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham ayahandanya.




Sabar Atas Kematian Insan Tersayang

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Huraian

1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak


P/S: sape2 yg ada maklumat yang lebih tepat, sila inform.

"Esprit De Corps"
  TAKZIAH

INTERAKSI XTREME-C 2009/10

Salam,

Pertamanya pihak MT ingin mengucapkan tahniah kepada organisasi program yang diketuai oleh saudara azlan yang telah menjayakan interaksi kali ni. Alhamdulilah interaksi kali ini berjalan agak lancar walaupun ada sedikit kecacatan pada peringkat awal.

Kepada junior, kamu semua adalah terbaik! diharapkan anda semua terus kekalkan semangat yang telah ditunjukkan semasa interaksi dijalankan. Ingat apa yang anda ucapkan semasa interaksi dan temuduga, kami masih ingat semuanya:-)


Kepada PC, komitmen anda dihargai, segala jasa anda kita ingati:-)

Kepada alumni, terima kasih tidak terhingga kerana bersemangat untuk menghadirkan diri pada interaksi kali ini. tanpa anda, siapa lah kami..cewahhhhhhh..hehehe

Untuk kenangan bersama, disini ada beberapa gambar dan video.








Nak tgok banyak lagi, pergilah ke group xtremec di facebook k=)
Photobucket

Photobucket
"Esprit De Corps"
  INTERAKSI XTREME-C 2009/10

MEETING SETERUSNYA (13/08/2009)

Tarikh : 13Ogos 2009
Hari : Khamis
Tempat :
Gelanggang Basketball
Masa : 10.00 p.m
Agenda : Interaksi


p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!

"Esprit De Corps"
  MEETING SETERUSNYA (13/08/2009)

MEETING SETERUSNYA (06/08/2009)


Tarikh : 6 Ogos 2009
Hari : Khamis
Tempat :
Bilik Bankuasi
Masa : 10.00 p.m


p/s: Sila tepati masa.

Kehadiran adalah wajib!

"Esprit De Corps"
  MEETING SETERUSNYA (06/08/2009)

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341