Photobucket Photobucket Photobucket

Blog Widget by LinkWithin

Minggu Pengenalan Kelab

Semester baru sudah bermula, adat alam, yang lama pergi, yang baru datang. Oklah, sudah lama Mr.X tidak mengarang dalam blog kita ni. Harap dengan sesi baru ni, jom kita sama-sama naik kan semangat "Esprit De Corps" dengan lebih hebat!

Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari isnin ini bersamaan 13/07/2009, minggu pengenalan kelab akan diadakan pada pukul 8.00 p.m. Oleh itu, sukacita dimaklumkan kepada semua senior-senior dijemput separuh wajib hadirkan diri anda untuk menarik minat pelajar first year untuk join bersama kelab kita yang tersayang ini. Pakaian adalah baju Xtreme-C. Kepada senior lelaki, tunjuk kan kejantanan anda untuk menarik minat kaum wanita..hehe..dan yang senior perempuan pulak, tunjuk kan kejelitaan anda untuk menarik pelajar lelaki yang semakin kuarang..hehe.

Aturcara dimulakan pada pukul lapan agak-agaknya, tetapi macam biasa, kita perlu bersiap awal untuk memasang khemah, meja dan pelbagai peralatan lagi untuk dihias semasa malam tersebut. Kalau tiada arang melintang, Kak La kita akan melakukan sedikit demostrasi abseiling dengan harapan ia akanmenjadi tarikan utama kelab kita.

Disini Mr.X akan berikan sedikit ringkasan kronologi yang akan dilalui dalam pemilihan ahli baru kelab:

13/07/2009 (Isnin) - Malam pengenalan kelab

14/07/2009 (Selasa) - Surat temuduga pada mereka yang berjaya ditemuduga akan diedarkan

15/07/2009 (Rabu) - Proses temuduga akan dijalankan

17/07/2009 (Jumaat) - Surat keahliaan pada mereka yang berjaya akan diedarkan


Diatas adalah serba sedikit proses yang akan dijalankan. Kepada senior-senior, sambutlah ahli-ahli baru hati terbuka dan tunjukan senyuman mesra anda!


"Esprit De Corps"
  Minggu Pengenalan Kelab

0 ahli berkata2:

Recent Comments

XtremeC
banner 225×341